Pemantapan sistem pendidikan tonggak utama majukan negara – Maizatul Akmam

LAHAD DATU: Di era globalisasi, pemantapan sistem pendidikan negara menjadi tonggak utama memajukan negara, kata Naib Ketua Umno bahagian Lahad Datu Datin Maizatul Akmam Alawi

Advertisements

Beliau berkata bagi memantapkan sistem pendidikan negara, kuriukulm sudah tentu akan menghadapi perubahan dan perlu dikemas kini agar pengetahuan serta kemahrian pelajar seiring keperluan semasa.

Maizatul yang juga Bendahari Wanita Umno Malaysia menambah berpaskikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang disesuaikan perkembangan pendidikan di peringkat rendah hingga pengajian tinggi, generasi masa kini dan akan datang perlu dipandu sebagai persiapan diri menempuh era dunia teknologi yang semakin berkembang pesat.

“Generasi milenia ialah aset negara amat berharga dalam menentukan corak masyarakat dan negara. Mereka sewajarnya dibekalkan kurikulum relevan dan terkehadapan agar pengetahuan serta kemahiran diperoleh mampu mengatasi pelbagai cabaran,” katanya .

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan beg sekolah dan alat tulis dalam program “Bag& Back To School kepada 30 orang pelajar Tbika Kemas Pangsapuri Muitiara Kasih dekat sini baru baru ini.

Sehubungan itu, Maiztul berharap bagi menghadapi cabaran pendidikan dialap baru ini, guru-guru perlu peka dengan landskap pendidikan. Mereka perlu bijak menyesuaikan diri, menjadi kreatif dan berinovasi untuk mengikuti perkembangan landskap pendidikan seiring dengan kemajuan pesat dalam teknologi dan perubahan dalam memenuhi keperluan masyarakat

“Golongan pendidik perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Perubahan yang kerap dalam dasar dan peraturan pendidikan memerlukan mereka sentiasa mempunyai maklumat, melaksanakan perubahan dengan berkesan dan memastikan pematuhan dibuat mengikut apa yang telah digariskan,” katanya.

Maizatul berkata bagi menghadapi cabaran ini, ibu bapa juga perlu memberikan sokongan serta kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah dan guru-guru bagi mempastikan cabaran ini dapat diharungi oleh anak-anak mereka ketika melalui proses pembelajaran di sekolah.

“Kerjasama serta sokongan ibu bapa kepada pihak sekolah dan guru-guru melalui perkongsian pintar sudah tentu dapat membantu anak-anak mereka bersemangat dan berkeyakinan untuk menghadapi cabaran bagi mencapai kecermalangan dalam pembelajaran,” katanya.

Dalam perkembangan lain Maizatul juga meminta ibubapa agar memberikan penekanan terhadap keperluan pendidikan awal kanak-kanak dengan menghantar mereka ke tadika atau pra sekolah dimana ini merupakan tempoh yang penting untuk perkembangan otak anak-anak.

Menurut beliau ketika peringkat umur awal kanak-kanak, pembelajaran dan perkembangan mereka baik dari segi mental, emosi dan sosial adalah amat kritikal. Disebabkan itulah, pendidikan awal kanak-kanak dianggap sebagai pelaburan yang cukup penting oleh ibu bapa buat anak mereka.

Katanya, selain aspek sosial, kanak-kanak juga akan belajar cara menghormati orang dan penyelesaian masalah.

“Tadika atau Prasekolah menyediakan tempat untuk anak mengenal diri mereka, mengembangkan karakter positif dalam diri mereka dan meningkatkan keyakinan diri dimana pendidikan awal amat penting sebagai asas yang kukuh untuk zaman persekolahan kanak-kanak,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles