Pusat Khidmat Rakyat P186 Sandakan ditutup dari 9-18 Feb sempena Tahun Baru Cina

SANDAKAN: Pusat Khidmat Rakyat P186 Sandakan, yang terletak di alamat B-7-2, Tingkat 2, Bandar Letat Jaya, akan ditutup selama satu minggu bermula dari 9 hingga 18 Februari 2024 sempena Tahun Baru Cina. 

Advertisements

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, dalam kenyataan hari ini berkata, pusat itu akan meneruskan operasinya semula seperti biasa bermula 19 Februari 2024 (Isnin).

Katanya, sepanjang tempoh penutupan ini, orang ramai yang memerlukan bantuan atau sebarang pertanyaan masih boleh menghubungi Pusat Khidmat Rakyat P.186 Sandakan ditalian 0108073313.

Vivian juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua dan menasihatkan kepada mereka yang memandu kenderaan untuk pulang ke kampung bertemu keluarga dan rakan-rakan tersayang pada perayaan ini sentiasa memandu berhati-hati dan bertanggungjawab semasa di jalan raya.

Manakala bagi yang bercuti dan meninggalkan rumah dalam tempoh masa yang lama dapat memastikan semua peralatan di rumah dalam keadaan selamat dan melaporkan kepada pihak Polis bagi tujuan pemantauan sepanjang mereka bercuti.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles