Jadikan Al Quran sebagai panduan dan sumber rujukan kehidupan – Siti Aminah

KUALA PENYU : Al-Quran perlu dijadikan panduan utama dan sumber rujukan dalam apa sahaja aktiviti dan kehidupan masyarakat Islam.

Advertisements

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata, ia termasuk akidah, syariat dan akhlak masyarakat itu sendiri.

Menurutnya, umat Islam perlu menjadikan al-Quran sebagai satu budaya untuk membentuk kehidupan serta keperibadian yang baik dan juga boleh dijadikan sebagai vaksin untuk semua jenis penyakit rohani atau fizikal.

Aminah yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata Al-Quran adalah kitab suci yang diturun kepada Nabi Muhammad SAW sebagai mukjizat teragung Baginda,

Katanya, Kitab suci keempat ini mengandungi 114 surah daripada 30 juzuk dan ia wajib diimami semua umat Islam sebagai kitab petunjuk hingga ke hari kiamat.

“Sebagai umat Islam, membaca al-Quran adalah satu keutamaan kerana golongan yang mencintai al-Quran dijanjikan pelbagai kelebihan dan ganjaran yang tiada tandingan” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah Kuala Penyu di dewan Masyarakat Dato Shahbandar Makang Kuala Penyu baru-baru ini.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Kuala Penyu Joumat Haji Bisnin Wakil Penolong Pegawai Daerah Menumbok Ag Ishak dan Ketua Daerah Kuala Penyu Awang Damit Talip

Aminah menambah Al-Quran merupakan kitab suci yang menyediakan panduan mengenai adab dan peraturan dalam hidup umat Islam justeru ianya bukan sahaja dibaca tapi perlu difahami isi kandongan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian,

Jelasnya, sejarah juga membuktikan bahawa al-Quran telah dapat menyatukan rakyat untuk menghasilkan generasi yang kuat dan bertamadun.

Beliau kemudiannya menggesa masyarakat Islam supaya mempunyai keseimbangan antara kehidupan fizikal dan rohani di dunia ini dan akhirat.

“Sebagai seorang Muslim, kesederhanaan dalam hidup adalah sangat penting dan kita mesti mengikuti ajaran Nabi Muhammad,” tegasnya.

Sementara itu, Haji Idris Haji Bauk, Ahmad Farhan Haji Amran dan Barawi Haji Piling masing-masing diumumkan sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga dalam kategori qari.

Bagi kategori qariah, Norsiah Haji Awang Tangah dan Hajah Rosnah Ag Damit masing-masing di tempat pertama dan kedua.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles