PITAS: Budaya cakna dan sentuhan antara UMNO dan masyarakat luar parti akan sentiasa ditingkatkan selain sentuhan bersama dengan ahli serta jentera UMNO semua peringkat dipelbagaikan.
Ketua Penerangan UMNO bahagian Kudat Datuk Bolkiah Haji Ismail berkata kedua-duanya cukup penting dan mempunyai peranan yang tersendiri.
“Budaya peka dengan isu serta masalah rakyat ,sudah menjadi budaya Umno sejak sekian lama ,ahli atau masyarakat yang ditimpa musibah akan sentiasa dibantu tanpa mengira fahaman politik bangsa dan agama,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Sentuhan Kasih UMNO Bahagian Kudat di Pejabat Penyelaras UMNO Pitas baru-baru ini.
Bolkiah yang juga Pengerusi Penyalaras UMNO Pitas berkata Umno perlu meneruskan program sentuhan kasih bersama rakyat tidak hanya tertumpu kepada program-program dalaman parti jika ingin melihat Umno kekal relevan dan menarik penyertaan masyarakat luar.
“Menyebarluas segala program parti akan membawa kebaikan untuk memperkukuhkan kedudukan parti malah dengan pendekatan yang mesra akan mendorong orang diluar parti menyertai perjuangan Umno,” katanya.
Dalam padah itu Bolkiah yang juga bekas Adun Pitas mengingatkan kepimpinan dan ahli parti disemua peringkat agar mengambling tenaga untuk memperkukuhkan jentera parti khususnya dalam menghadapi pilihanraya negeri (PRN) akan datang.
Katanya perakuan secara lisan parti kuat tanpa sebarang pendekatan dan strategi yang tepat tidak akan membawa kejayaan.
Justeru beliau menambah jentera parti perlu diperkemaskinikan setiap masa ,gerak kerja yang konsiaten disamping berusaha menambah keahlian parti.
“Kita semua mesti terus bekerja dan berusaha memulih serta memperkasakan UMNO..Sasaran kita adalah untuk kembali berkuasa dengan memenangi pilihan raya,” katanya
Oleh itu katanya, UMNO mesti kuat dan kekuatan kita tidak boleh dengan hanya bergantung kepada kelemahan parti lawan , apatah lagi dipengaruhi pelbagai ramalan dari pihak luar parti.
“Kita juga mesti terus meyakinkan rakyat bahawa UMNO mampu untuk melaksanakan dasar yang terbaik pada rakyat jika diberikan semula kuasa.
Menurut beliau mesti terus berjuang membela dan menyuarakan isu dan masalah rakyat yang ketika ini tertekan dengan kegagalan Kerajaan negeri hari ini yang gagal membela rakyat.
“Kita tahu bahawa ketika ini rakyat kecewa dengan Kerajaan GRS yang gagal membawa pembaharuan kononnya melalui pendekatan Sabah Maju Jaya mereka,” katanya.
Jadi tegasnya, kita mesti mengubati kekecewaan rakyat dengan membela mereka.
“Justeru apa yang perlu kita lakukan ialah terus mendekati rakyat dan memperjuangkan kepentingan mereka” katanya.