SUKAU : Pergerakan Pemuda Umno bahagian Kinabatangan mengajak pemain industri pelancongan di negeri ini khususnya di kawasan Kinabatangan agar meneroka idea-idea baharu untuk menghasilkan produk pelancongan bagi menarik, sekali gus memastikan Sabah terus menjadi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara.
Ketuanya Mohd Kurniawan Naim Bung Moktar berkata langkah itu perlu sebagai persediaan sektor pelancongan negeri menerima pelancong berskala besar yang sudah tentu dapat menigkatkan ekonomi negeri dan rakyat melalui sektor pelancongan antara sumber utama pendapatan negeri ini .
“Industri pelancongan merupakan sumber ekonomi kedua terpenting bagi negeri Sabah Daerah Kinabatangan banyak potensi, dan memiliki produk pelancongan yang telah sedia ada seperti aktiviti-aktiviti seperti menyusuri sungai Kinabatangan meihat sepsis kunang-kunang, budaya tempatan dan sebagainya.
“Selain itu banyak lagi produk pelancongan yang boleh diterokai antaranya menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan seperti lumba perahu dan lain-lain,” katanya ketika berucap merasmikan Pertandingan Lumba Bot 15hp di kampung Abai Sukau baru-baru ini.
Program tersebut dianjurkan bersama Pejabat Adun N59 Sukau dengan Kerjasama Belia Kampung Abai dan Umno bahagian Kinabatangan
Menurut Mohd Kurniawan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelancongan Malaysia ,pertandingan lumba Bot yang dianjurkan ini boleh dianjurkan dalam skala yang lebih besar pada masa akan datang dengan mennjemput penyertaan dari luar.
“Langkah ke hadapan, kita perlu merealisasikan acara acara yang lebih besar dengan berkolaborasi dengan pihak lain bagi menggalakkan penyertaan yang lebih ramai peserta dan ini sekali gus dapat mengundang kehadiran pelancong hadir menyaksikan acara yang kita anjurkan disamping melihat keindahan alam dan flora yang ada di kawasan ini,” katanya.
Dalam masa yang sama, Mohd Kurniawan yang juga Bendahari Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berkata masyarakat di kawasan itu juga perlu menyediakan prodak-prodak pelancongan yang lain antaranya prodak makanan dan mengambil bahagian dalam sekator inap desa dimana terdapat keperluan penginapan bagi pelancong yang ingin bermalam di Kawasan tersebut.
Dalam perkembangan yang sama, Mohd Kurniawan juga meminta kerajaan agar dapat mempertingkatkan kualiti kemudahan asas di daerah itu terutamanya kemudahan insfrastruktur jalanraya, bekalan air dan elektrik.
“Kemudahan asas ini penting untuk menjana sektor pelancongan berkembang maju di daerah ini, pelancong tidak akan datang jika jalanraya kita rosak sukar di lalui, bekalan air dan elektrik tidak stabil dimana ketidaksempurnaan kemudahan asas ini akan memrencatkan usaha kita membangun dan memajukan sektor pelancongan di daerah ini untuk berdaya maju,” katanya.