DBKK catat jumlah tunggakan cukai kadaran belum dijelaskan pengguna mencecah lebih RM75 juta – Sabin

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mencatatkan sejumlah RM75.68 juta tunggakan cukai kadaran yang belum dijelaskan pengguna sehingga hari ini.

Advertisements

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, jumlah tunggakan tersebut adalah merangkumi kadar Cukai Kadaran semasa tertunggak iaitu sebanyak RM54.30 juta, manakala Faedah Caj dikenakan iaitu RM19.21 juta serta Kadar Bayaran Notis Pemberitahuan RM2.16 juta.

Katanya, pada tahun lalu DBKK telah memfailkan sebanyak 11 notice tuntutan cukai berjumlah RM30,485.73 serta tujuh kes saman untuk tindakan execution order berjumlah RM64,518.24.

“Dalam tahun yang sama, sebanyak 68 kes juga telah difailkan di mahkamah di tahun-tahun lepas telah diselesaikan membabitkan jumlah kutipan yang diperoleh iaitu RM634,051.52.

“DBKK menggalakkan semua pembayar cukai (rate payers) menjelaskan cukai kadaran masing-masing untuk mengelakkan dikenakan faedah serta tindakan undang-undang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Mesra Bersama Media di sini, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Pengarah DBKK Junaina Abbe, Presiden Persatuan Wartawan Sabah Datuk Muguntan Vanar, beberapa pengarang dan wartawan media massa dan elektronik serta ketua-ketua pengarah DBKK.

Sabin berkata, untuk menggalakkan pembayaran tunggakkan cukai, sebanyak 75 peratus (untuk suku tahun pertama sahaja) diskaun ke atas faedah fee serta notice pemberitahuan adalah diberikan dengan syarat pembayaran cukai tunggakan dibayar sekali gus.

“Rebate sebanyak lima peratus ke atas cukai tahun semasa pula diberikan sekiranya pembayar cukai kadaran tahun semasa dibayar sekali gus pada atau sebelum 31 Mac 2024,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles