UMNO sinonim dengan budaya menjaga kebajikan rakyat – Bung

KINABATANGAN: Program kemasyarakatan dan khidmat bakti merupakan gerak kerja utama bagi UMNO dan bukannya dilaksanakan semata-mata untuk persediaan bagi berdepan pilihan raya.

Advertisements

Pengerusi Badan Perhubungn Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, gerak kerja bersama rakyat telah sebati dalam UMNO selama ini tanpa mengira musim terutamanya menziarhi mereka yang ditimpa musibah,sakit atau kematian.

“Amalan ini telah lama kita laksanakan tanpa musim tanpa mengira fahaman politik ,melalalui program ziarah ini, kita mahu menjadi sebuah parti politik yang sentiasa dekat dihati rakyat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan program ziarah di beberapa buah rumah di kawasan DUN Lamag baru-baru ini.

Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan meminta agar semua bahagian-bahagian Umno di negeri ini sentiasa mengaktifkan program ziarah ini tanpa mengira masa dan kumpulan sasaran dimana kegiatan ini boleh merapatkan hubungan kepimpinan parti dengan pengundi di peringkat akar umbi.

Katanya kepimpianan Umno di semua bahagian perlu memainkan peranan aktif menjayakan program-program kemasyarakatan jika tidak mahu parti itu dilebal sebagai parti bermusim hanya aktif di saat-saat menghadapi PRN atau PRU.

Menurut Bung sejak dahulu dan selama-lamanya Umno memang dikenli sebagai sebuah parti yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat terutamanya masyarakat luar bandar yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan.

” Melalui program-program ziarah ini kita dapat menyelami masalah rakyat dan di suarakan kepada pihak berkenaan ,walaupun di peringkat negeri kita tidak memegang kuasa pemerintahan namun itu bukan alasan bagi para pemimpin serta ahli Umno untuk tidak meneruskan usaha berbakti kepada rakyat” katanya.

Bung menambah kuasa pemerintah bukanlah prasyarat untuk menabur bakti kepada golongan yang memerlukan.

Oleh: Jaafar Abd Wahid.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles