Kenyataan Saya mengenai tuntutan 40 peratus tidak bercanggah Perlembagaan – Ewon

Oo

Advertisements

PENAMPANG: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick menjelaskan bahawa, kenyataaan Datuk Masidi Manjun dan kenyataannya sebelum ini tidak bercanggah.

“Saya menyatakan mengenai tuntutan 40 peratus hasil persekutuan di Sabah dengan lebih spesifik yang belum pernah dibuat sebelum ini.

“Oleh itu saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya menghantar surat tuntutan 40 peratus kepada low hanging fruit yang datanya sudah kita tahu iaitu hasil yang dikutip oleh Pejabat Hasil di Sabah, contohnya Lembaga Hasil Dalam Negerei (LHDN) di Sabah atau Pejabat Kastam di Sabah.

“Pada saya ini adalah low hanging fruit yang datanya sudah ada tetapi tuntutannya belum dikemukakan.

“Manakala bagi hasil yang tidak dipungut oleh Pejabat Hasil di Sabah, ia perlu dibincangkan secara berasingan dan ianya sangat kompleks dan teknikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Jelajah Undang-Udang Malaysia Madani 2024, di Dewan Gawir Kg Madsiang, di sini, hari ini.

Majlis itu disemprunakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, kerajaan negeri perlu mengemukakan surat tuntutan 40 peratus hasil yang dipungut daripada Pejabat Hasil Sabah, contohnya LHJDN dan Kastam.

“Kenyataan Datuk Masidi adalah betul, beliau merujuk kepada kenyataan saya iaitu perkara (tuntutan) yang lebih spesifik dan bukan tuntutan 40 peratus,” katanya.

Katanya lagi, tuntutan itu perlu menyatakan 40 peratus daripada sumber mana, misalnya daripada pungutan LHDN di Sabah, pungutan Kastam di Sabah dan sebagainya.

“Ini yang low hanging fruit … datanya sudah ada tetapi surat tuntutan itu belum dibuat, tetapi saya percaya, kerajaan negeri sedang berbincang dan akan menghantarnya kemudian seperti yang dinyatakan oleh Datuk Masidi.

“Jadi tiada ada percanggahan daripada kenyataan saya dengan kenyataan Datuk Masidi dalam laporan media,” katanya.

Ewon berkata sebagai menteri daripada Sabah, beliau menyokong tuntutan itu tetapi beliau tidak boleh memfailkan atau mengemukakan surat tuntutan kerana yang boleh membuat tuntutan adalah kerajaan negeri Sabah.

Dalam kenyataan Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun kelmarin, Kerajaan negeri Sabah hanya akan mengeluarkan surat tuntutan kepada Putrajaya berkenaan 40 peratus hasil bersih pendapatan Persekutuan di Sabah selepas menerima data mengenai semua sumber pendapatan.

“Kita hanya boleh menetapkan asas untuk mengira bahagian 40% yang perlu dibayar oleh kerajaan Persekutuan kepada negeri selepas mendapatkan data ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles