PAPAR: Deirdre Gianna Micheal dari Tuaran muncul johan perseorangan perempuan bawah 14 Tahun dalam kejohanan badminton Remaja Sabah 2024 selepas menewaskan Jessie Aegidius 21-16, 21-16 di peringkat akhir kejohanan itu, di sini baru-baru ini.
Bagaimanapun, pasangan bergu harapan Tuaran Kelly Meredith Spencer dan Charllot Delucky Lk Charles terpaksa berpuashati di tempat kedua dalam kategori bergu perempuan bawah 12 tahun selepas kalah kepada Pasangan Dhia Irtiyah Binti Jasmin dan Wisyah Zahrah Zuyyin Binti Nurfadli 10-21, 21-18, 22- 24 di pentas akhir.
Menurut pengurus pasukan Badminton Tuaran En Jimin Tibin, kejayaan mereka adalah hasil daripada program latihan yang berterusan yang dikendalikan oleh beberapa jurulatih serta sokongan ibubapa.
Selain itu, katanya pasukan Badminton Daerah Tuaran mendapat sokongan penuh presiden Persatuan Badminton Daerah Tuaran En. Janih Bangud.