Persidangan Madani Serantau dijangka pertengahan tahun

KOTA KINABALU: Selaras usaha mengembangkan konsep Madani, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bersama beberapa rakan strategik merancang mengadakan Persidangan Madani Serantau, pertengahan tahun ini.
Antara negara akan diundang termasuk Indonesia, Filipina, Singapura dan Brunei Darussalam.
Yang Dipertua USIA, Datuk Sapawi Hj Ahmad, berkata persidangan itu dijangka dijayakan bersama rakan strategik seperti WADAH dan kerajaan negeri.
“Kita mahu memperluas konsep Madani ini dalam konteks pemikiran serantau, sejauh mana ia dapat digerakkan dan diaplikasi dari segi hubungan antara wilayah serantau,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas Program Wacana Pemikir `Malaysia Madani dan Pasca Normal’ di sini semalam.
Ceramah disampaikan oleh Pengarah Institut Pemikiran Islam Antarabangsa, Asia Timur dan Asia Tenggara (IIIT), Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan Noordin.
Sesi dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Amin Senin.
Sapawi berkata idea yang digarap menerusi konsep Malaysia Madani perlu diperluas dan tidak terhad dalam konteks negara ini dan wilayah Sabah dan Sarawak saja.
Ini kerana ia suatu konsep keterangkuman yang menyeluruh dan menjangkau pelbagai segmen masyarakat.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles