KENINGAU : UMNO berjaya menjadi sebuah parti yang besar pengaruhnya kerana kekuatan parti itu yang sentiasa mengutamakan khidmat kepada rakyat.
Ketua UMNO bahagian Keningau Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi berkata “Berkhidmat” antara salah satu slogan parti UMNO telah menjadi budaya sejak ianya mula ditubuhkan sehingga kini yang meletakan UMNO kekal Relevan sehingga ke hari ini.
“Sehingga ke hari ini UMNO masih wujud dan kita akan pertahankan UMNO sebagai sebuah parti yang memberi khidmat kepada rakyat sekiranya mahu rakyat memberikan sokongan sepenuhnya kepada parti terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan kerja kerja pembaikan jalanraya ke kampung Naundarangan sepanjang 7 kilometer yang melibatkan lima buah kampung lain iaitu kampung Muhibah, Patikan Ulu,Patikang Laut dan Agudon.
Menurut Nik Mohd Nadzri walaupun UMNO menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dengan kekalahan terbesar PRU ke-14 2018 namun cabaran serta dugaan tersebut dilalui dengan penuh istiqamah dan sehingga kini UMNO masih bertahan kerana ahli dan pendokong UMNO yang setia dan berprinsip kerana merasai apa yang dilakukan oleh parti untuk Pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
“Mengenang kembali perjalanan UMNO selama 77 tahun ini, saya melihat jatuh bangun UMNO dan apa yang dihasratkan ialah biarlah UMNO menjadi satu parti yang berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.
”UMNO perlu mengutamakan rakyat dengan menjadi sebuah parti yang berkhidmat hanya untuk rakyat, bukannya kepada golongan tertentu sahaja,” katanya
Nik Mohd Nadzri berkata kesemua elemen-elemen itup adalah asas perjuangan yang perlu UMNO pertahankan dan teruskan untuk memastikan parti ini diterima rakyat.
Dalam pada itu, tambah beliau, PRN yang bakal berlangsung dijangka lebih awal dari tarikh tempoh yang ditetapkan bakal menjadi medan ujian buat UMNO khususnya di Sabah sama ada parti itu masih diterima rakyat atau tidak.
”Pilihan raya umum yang terdahulu tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai prestasi UMNO dalam arena politik negara ini.
”Tetapi PRN akan datang bakal menjadi medan ujian bagi UMNO khususnya di Sabah , jadi UMNO perlu bergerak sekarang dengan memperbanyakkan program-program untuk mendekati rakyat,” katanya.
Mengulas bantuan untuk memperbaiki jalanraya Naundarangan Nik Mohd Nadzri berkata ianya sebagai tanggungjawab sosial UMNO bahagian Keningau yang memahami denyut nadi rakyat di kampung tersebut dan membabitkan lima buah kampung lain yang terpaksa berhadapan dengan kesukaran melalui jalanraya yang berlubang dan tidak selesa sejak sekian lama.
“UMNO bahagian Keningau mengambil pendekatan jangka pendek memberikan bantuan batu kelilikir untuk mengred,membubuh batu kelikir dan meratakan agar memberikan kemudahan yang lebih selesa kepada penduduk bukan sahaja berurusan ke Pekan tapi memudahkan mereka membawa keluar hasil pertanian untuk dipasarkan,” katanya.
Sementara itu Ketua Cawangan UMNO kampung Muhibah Patrick Usak yang mewakili penduduk kampung turut menzahirkan ucapan terima kasih atas usaha serta insitiaf UMNO bahagian Keningau yang diketuai Nik Mohd Nazri yang cakna dan mengambil tindakan proaktif menghulurkan sumbangan bagi memperbaiki jalanarya ke kampung tersebut.
“Kita ada memohon kepada pihak kerajaan, bagaimanapun maklum balas belum diterima dengan keprihatinan Ketua UMNO bahagian kerosakan jalanraya menunju ke kampung kami dapat diatasi segara dan kami boleh melaluinya dalam keadaan selesa untuk menjalani kehidupan seharian,” tegas beliau.