PKKS terima sumbangan 100 liter racun pembunuh serangga

SANDAKAN: Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan (PKKS) telah menerima sumbangan bekalan racun pembunuh serangga dari sebuah syarikat swasta baru-baru ini.

Advertisements

Racun pembunuh serangga Malathion sebanyak 100 liter diserahkan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Elopura Ng Boon Leng kepada wakil PKKS
Dr. Siti Fatimah Abdul Ghani Basri di perkarangan PKKS , Batu 7.

Sumbangan racun pembunuh serangga itu diperolehi dari Syarikat Worthy Palms Sdn Bhd hasil kolaborasi UPPM Elopura dan kepimpinan peringkat bahagian PBS setelah beliau menerima permohonan pihak PKKS, kata Ng.

Usaha murni ini merupakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat berkenaan, tambah beliau.

PKKS telah memohon bantuan bekalan racun tersebut bagi tujuan aktiviti kawalan penyakit demam denggi kerana bekalan sedia ada tidak mencukupi untuk menampungi jumlah wabak dan kes aktif semasa, katanya lagi.

Ng mengucapkan terima kasih kepada Webster Lee yang juga salah seorang pengarah Syarikat Worthy Palms Sdn Bhd kerana tampil menyumbang racun pembunuh serangga demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles