Munirah Majilis mahu Warisan ‘bangkit 2.0’ dalam PRN akan datang

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) perlu bangkit semula khususnya pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 yang dijangka diadakan lebih awal.

Advertisements

Bagi menjayakan misi ‘bangkit 2.0’ itu, Ketua Wirawati Warisan Isnaraissah Munirah Majilis berkata keseluruhan saf kepimpinan parti termasuk sayap wanita perlu mengetepikan perbezaan supaya dapat membina kekuatan secara bersama.

Beliau turut meminta rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan politik perkauman atau bangsa yang cuba dimainkan sesetengah parti politik di negeri ini semata mata untuk meraih sokongan.

“Hari ini sebagai contoh orang Sarawak lebih jauh ke depan daripada kita, Kalau kita ini di Sabah …sikit-sikit cakap PTI, sikit-sikit cakap lanun (melabel parti lain)… orang Sarawak tanya saya kenapa ba kamu terlalu main bangsa dan daerah ini….kami di Sarawak kamu dari Kuching kah Miri kah atau Mukah kah..kau bangsa Iban kah, Melanau ka….yang kami tau kau orang Sarawak, apa sahaja faedah dan kebaikan yang kamu dapat kami dapat kerana orang Sarawak,” katanya.

Munirah berkata demikian ketika berucap pada persidangan agung tahunan Warisan di Dewan Hakka dekat sini baru-baru ini.

Menurutnya terdapat beberapa sebab Warisan perlu bangkit semula dalam arena politik Sabah.

“Kita selalu diejek-ejek atau diolok-olok sebagai kapal yang karam, hakikatnya kerajaan Sabah pimpinan GRS sangat lemah dan sedang hanyut mengakibatkan rakyat Sabah menanggung kesusahan (masalah elektrik dan air).

“Apa yang orang Sabah paling rugi sekarang ini….ya kualiti kepimpinan dan kualiti pentadbiran,” katanya.

Munirah menegaskan bahawa Warisan merupakan parti yang melancarkan dan memulakan pemberian geran tanah secara besar-besaran kepada penduduk kampung di Sabah.

“Siapa yang mewujudkan Kementerian Pendidikan dan Inovasi Sabah, Kementerian Kesihatan Sabah? Jawapannya Warusan pimpinan Shafie.

“Siapa bah yang memulakan perbahasan MA63 (mengembalikan status sama rata Malaya, Sabah dan Sarawak) di Dewan Rakyat atau Parlimen pada tahun 2019 walaupun pada ketika itu ia ditolak…yang membawa usul mendiang Datuk VK Liew….siapa mendiang VK Liew, dia menteri undang-undang persekutuan. daripada Warisan,” katanya.

Menurutnya Warisan juga terlibat memulakan rundingan peruntukan Perlembagaan 112C dan 112D berhubung pemberian khas kepada Sabah meskipun “kita tidak setuju dengan amaun yang diberikan sebab itu kita tidak tandatangan apa-apa”.

“Siapa yang berjaya dapat cukai jualan 5 peratus minyak dan gas kepada Sabah, dan pada hari ini, kerajaan negeri yang dapat manfaat dengan menaikkan peruntukan Adun….semua ini adalah hasil usaha Warisan,” katanya.

Oleh itu, Munirah mahu rakyat dan Warisan bangkit semula pada PRN akan datang demi kebaikan rakyat dan negeri ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles