PBS siap sedia hadapi pilihan raya mengejut

PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) sedang membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya awal tahun depan dengan menganjurkan sesi pemukiman dalaman tidak lama lagi.

Advertisements

Program pemukiman itu, antara lain, bertujuan memastikan anggota Majlis Tertinggi dan ketua-ketua bahagian bersedia bagi menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang.

Keputusan untuk melaksanakan program pemukiman dalaman itu diumumkan oleh Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam semasa mesyuarat Majlis Tertinggi parti di sini pada Selasa.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor membayangkan kemungkinan pilihan raya awal, dengan menyatakan bahawa tempoh pentadbiran GRS-PH Plus akan berakhir pada Oktober 2025.

Walaupun mempunyai dua tahun lagi memegang tampuk pemerintahaan, kerajaan negeri mungkin mempertimbangkan untuk mengadakan pilihan raya lebih awal, Hajiji dipetik sebagai berkata.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles