Penganjuran Larian Sekolahku Unggul mendapat pujian ramai

KOTA KINABALU : Aktiviti yang berunsurkan gaya hidup sihat seperti larian semakin banyak dianjurkan dalam usaha menerapkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Advertisements

Larian Sekolahku Unggul berlangsung pada pagi Ahad lalu dan mendapat pujian pelbagai pihak khususnya pelajar dan ibubapa.

Peserta dilepaskan dari Wisma Jabatan Pendidikan Sabah di Likas, di sini, dan berlari melalui sekitar Kompleks Sukan Likas sebelum larian berakhir di Wisma Jabatan Pendidikan Sabah di Likas.

Pelepasan peserta larian disempurnakan
Focal person Kebangsaan Kementerian Pendidikan di Sabah, Mohammad Arif Sakaran.

Larian terbahagi kepada 7 kategori membabitkan jarak 3.6 kilometer dan 2.8 kilometer.

Kategori berkenaan ialah lelaki dan perempuan 18 tahun, 15 tahun dan 12 tahun dengan jarak larian 3.6 kilometer.

Satu lagi kategori ialah pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi, Lelaki dan Perempuan dengan jarak larian 2.8 kilometer.

Setiap peserta larian menerima sijil penyertaan.

Manakala 5 peserta paling pantas menamatkan larian bagi setiap kategori, akan menerima pingat.

Selain acara Larian Sekolahku Unggul, turut diadakan Majlis Anugerah Pamer Keunggulan di Wisma Pendidikan Sabah yang dirasmikan Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin.

Majlis ini bertujuan menghargai pelajar yang bergiat aktif dalam aktiviti pasukan beruniform, sukan dan ko-kurikulum.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles