Kekalahan calon BN/UMNO PRK Kemaman tidak rencat perjuangan UMNO di Sabah – Suhaimi

KOTA KINABALU : Kekalahan calon Barisan Nasionl yang di wakili oleh parti UMNO Bekas Panglima Angkatan Tentera Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di tangan calon PAS Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Piliharaya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember, lepas tidak merencatkan kekuatan serta semangat perjuangan UMNO

Advertisements

Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata PRK yang berlaku di Semananjung Malaysia (Kemaman Terengganu) dengan sokongan penyokong fanatik terhadap Pas di Kemaman ditambah lagi meletakkan Menteri Besar Terenggnu sebagai calon PAS, sudah pasti satu kelebihan kepada mereka dan keputusanya sudah diduga.

Menurut Suhaimi UMNO akan terus istiqamah dalam meneruskan dan menggalas tanggunjawabyang diberikan untuk memperkukuhkan parti khususnya di Sabah ,justeru keputusan PRK di kemaman bukanlah menjadi kayu ukur terhadap dakwaan pihak lawan UMNO sudah ditolak oleh rakyat termasuk di Sabah.

“Justeru jika ada pihak (individu) menganggap kekalahan BN/UMNO di PRK di Parlimen Kemaman sebagai petanda keruntuhan parti keramat UMNO dan disarankan tutup kedai itu hanya persepsi yang berniat jahat untuk mencermarkan institusi UMNO ,” katanya.

Suhaimi yang juga Ketua UMNO bahagian Libaran berkata demikian ketika diminta mengulas dua hantaran (posting) Blogger Pician dan upahan Bernama Jalin Luin di media sosial milik beliau yang menulis “Majoriti bertambah menjadi lebih 30k, apalagi diharap pada UMNO? Tutup kedailah dan satu lagi posting beliau “Bung Moktar meroyan di Sabah partinya di Semenanjung tinggal tutup kedai. Melayu tolak UMNO, apa lagi di Sabah”.

Menurut Suhaimi beliau ada terbaca sekali imbas posting tersebut tapi menganggapnya sebagai tulisan toksid yang tidak memberikan impak terhadap kekuatan UMNO khususnya di Sabah.

“Saya ada baca tapi saya anggap ini hanya tulisan toksid, yang kurang like (kesukaan) dan komen , mungkin ini cara beliau (Jalin) menulis untuk cari makan ,namun jika kita biarkan kita dayus dan akan menimbulkan persepsi negetif kepada pembaca khususnya ahli-ahli UMNO yang setia dalam perjuangan” tegas Suhaimi.

Suhaimi menambah jika UMNO Sabah sudah kehilangan sokongan atau dibaratkan tutup kedai, ianya sudah berlaku sebelum ini apabila segerombolan pemimpin UMNO termasuk beberapa Ketua Bahagian UMNO di Sabah menyertai Bersatu dan melompat lagi menyertai PGRS.

Tindakan mereka ini tidak dapat meruntukan kubu UMNO di Sabah apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dan beberapa pemimpin yang berpaggang kepada perinsip dan setia kepada perjuangan terus mengemudi UMNO Sabah sehingga satu bahagian pun UMNO di Sabah tidak dibubarkan.

“Bukan orang lain termasuk Jalin Luin yang turut mewarisi budaya lompat melompat ini yang menentukan UMNO Sabah itu bubar atau sebaliknya, tapi ianya ditentukan oleh seluruh ahli UMNO Sabah yang dianggarkan lebih 7,000 ribu orang yang berprinsip dan setia dalam perjuanga” tambah Suhaimi.

Menurut Suhaimi seperkara yang tidak akan luput dari sejarah ialah keterbukaan pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Bung selepas PRN Ke 16 tahun 2020 yang bersetuju menyokong PGRS sehingga terbentuknya kerajaan dan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor diangkat menjadi Ketua Menteri.

Tanpa keterbukaan dan keikhlasan UMNO memberi sokongan tidak mungkin kerajaan Sabah yang ada pada hari ini akan dapat dibentuk namun akhirnya keikhlasan tersebut dibalas dengan tuba dengan pelbagai tuduhan kepada UMNO yang cuba mengulingkan kerajaan dikaitkan dengan “ Langkah Kinabalu” yang sebenarnya tidak wujud selain perbuatan beberapa pemimpin dari UMNO yang tikam belakang demi mengajar kepentingan politik peribadi dan ini juga satu episode yang ditunggu-tunggu oleh pemimpin GRS untuk menyingkirkan UMNO dari jentera pentadbiran kerajaan yang menjadi Impian mereka demi memperkukuhkan kepentingan politik peribadi walaupun terpaksa tidak menghormati konsep Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat dimana UMNO merupakan tulang belakang utama kepada pembentukan kerajaan Perpaduan selepas PRU ke-15

Dalam pada itu Suhaimi menasihat Jalin Liun agar tidak menjadi manusia penyibuk hal parti orang lain jika dia berada dalam penghuni “ ini rumah kita,kita jaga” jagalah rumah sendiri, tulis bahan-bahan yang boleh dibanggakan dalam pencapaian slogan “ Sabah Maju Jaya” yang dibawa oleh kerajaan GRS hari ini walaupun pun rakyat Sabah masih berhadapan dengan pelbagai krisis kehidupan ekonomi termasuk kemudahaan prasrana bekalan air, jalanraya, elektrik yang belum tuntas diselasaikan oleh kerajaan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles