KOTA KINABALU : Kerajaan negeri perlu mengemukakan persediaan dan tindakan proaktif bagi pelan jangka pendek dan panjang sebagai jaminan bahawa rakyat tidak lagi berhadapan masalah gangguan bekalan air bersih dan terawat di negeri ini.
Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri Kawasan Lamag Datuk Seri Panglima Datuk Bung Moktar Radin berkata, walaupun kerajaan negeri mengambil tindakan bagi mengatasi masalah air dengan memohon peruntukan dari Kerajaan pusat sebanyak RM320 juta sebelum ini namun jumlah tersebut tidak mencukupi bagi menyelesaikan isu bekalan air di Sabah.
“Isu bekalan air berlaku hampir di seluruh daerah di negeri ini, dengan peruntukan sejumlah RM320 juta yang dipohon dari Kerajaan pusat untuk penyelesaian jangka pendek belum tentu mampu mengatasi masalah bekalan air yang kini masih menjadi beban kepada rakyat di negeri ini dan masalah ini masih berlarutan,” katanya.
Bung berkata demikian bagi mengulas
penjelasan Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya terhadap isu yang dibangkitnya pada persidangan DUN Sabah baru-baru ini.
Sehubungan itu, Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan meminta kerajaan supaya merangka pelan jangka panjang bagi memastikan akses bekalan air bersih tidak menjadi isu yang menghantui penduduk dan industri di negeri ini.
“Tumpuan perlu diberikan kepada cara menambah baik kecekapan pengurusan air dan liputan kemudahan bekalan air kepada rakyat tanpa mengira daerah dimana isu bekalan air bersih ini menghantui kehidupan rakyat tidak hanya sekadar di Kota Kinabalu malah di seluruh daerah di Sabah.
“Kedua-dua pihak, Kerajaan Persekutuan dan negeri harus bersikap adil dalam soal penyediaan utiliti asas secara cekap dan berterusan kerana rakyat berhak mendapat bekalan bersih,” katanya.
Sehubungan itu, Bung yang juga Pengerusi BN Sabah berharap pelan jangka masa panjang perlu dimulakan secara komprehensif dari sekarang kerana rakyat telah menunggu sekian lama jalan penyelasaian tuntas yang dilakukan oleh kerajaan negeri hari ini.
“ Isu ini sudah lama, malah semasa saya menjadi Menteri Pembangunan Insfrastrukur beberapa cadangan kementerian telah pun dikemukakan kepada kerajaan untuk memohon kelulusan peruntukan yang dibawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dimana Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor ketika itu, bagaimanapun tiada tindakan konkrit dilakukan terhadap cadangan-cadangan yang dikemuakan,” jelas Bung.
Bung yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata, walaupun Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sebelum ini memberikan jaminan isu masalah air di Sabah dijangka boleh diselasaikan tiga tahun akan datang ianya bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan dan peruntukan yang disediakan.
“Banyak faktor perlu diambil kira bukan sahaja mempastikan bekalan air mencukupi untuk jangka masa yang panjang malah paip-paip lama yang sudah usang perlu diganti, naik taraf pusat loji rawatan air selain pembinaan kolam takungan dan mencari sumber air yang baru perlu dilakukan,” katanya.
Selain itu, Bung berkata kerajaan perlu meneruskan pembinaan ampangan Kaiduan Papar yang telah dirancang sebelum ini sebagai satu sumber bekalan air yang baharu bagi mempastikan bekalan air bersih mencukupi untuk masa hadapan.
“Semua ini memerlukan perancangan yang rapi dan perlaksanaan perlu disegerakan dengan dengan mengemukakan permohonan peruntukan dari kerajaan pusat dimana ianya memerlukan satu kos peruntukan yang tinggi,” jelas Bung.
Bung juga turut mengulas Bajet 2024 yang dibentangkan baru-baru ini yang mana daripada jumlah RM5.7-1 Biilion sebnyak RM4,751 bilion diperuntukan untuk membayai perbelanjaan mengurus pada kadar 83% hanya lebih kurang 17% sahaja untuk pembangunan.
“Jika melihat kepada huraian Bejat ini sudah tentu turut membantutkan usaha untuk menyediakan prasarana Pembangunan di negeri ini, yang mengrangkumi bukan sahaja isu bekalan air, bersih turut menjadi isu utama sekarang ialah kemudahan asas yang lain jalanraya dan bekalan elektrik,” tambah Bung.