Balai bomba perlu dibina di daerah kecil menumbok – Aminah

MENUMBOK: Daerah kecil Menumbok memerlukan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat untuk bagi mempercepatkan kerja memadam api sekiranya berlaku kebakaran,

Advertisements

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata, walaupun terdapat sebuah balai Bomba di daerah Kuala Penyu namun jarak perjalanan antara daerah itu ke daerah kecil Menumbok yang agak jauh boleh menjejaskan keberkesanan perkhidmatan bomba dan penyelamat, terutama apabila berlaku kebakaran,

“Sebilangan rumah penduduk tempatan di sini dibina berdekatan dan sebahagianya dibuat dari papan seperti di kampung Laut Menumbok dan apabila berlaku kebakaran api cepat merebak ,jika kita ada Balai Bomba di sini usaha awal memadam api dapat dilakukan bagi mencegah api merebak ke rumah lain,” katanya.

Menurut Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufor, beliau akan memohon kepada kerajaan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membina sebuah balai Bomba di daerah kecil Menumbok .

“Sebuah balai Bomba atau sekurang-kurangnya balai Bomba mini perlu ada di daerah ini selain jaraknya jauh dari daerah Kuala Penyu keadaan sebilangan rumah penduduk didirikan berdekatan dan pertambahan jumlah penduduk semakin meningkat, pembinaan Balai Bomba ini merupakan satu keperluan mendesak bagi penduduk di kawasan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Aminah berharap komuniti setempat khususnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung di kawasan masing-masing dapat menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bagi menghidupkan kembali amalan kesukarelaan dalam kalangan masyarakat bukan sahaja untuk kes-kes kebakaran namun boleh diguna pakai untuk kes-kes kemalangan yang lain.

“Kerajaan menggalakkan penubuhan (PBS) di setiap kampung selain fungsinya menggerakkan persiapan awal menangani kebakaran sebelum jentera tiba di lokasi ianya juga dapat mempupuk semangat kesukarelaan dan kerjasama di kalangan penduduk setampat,” katanya.

Terdahulu, Aminah yang diringi oleh Penolong Pegawai Daerah kecil Menumbok Abdul Karim Zahari, kaki tangan Pusat Khidmat Parlimen Beaufort serta pemimpin masyarakat tempatan turut menziarahi lima keluarga yang terlibat dalam kebakaran rumah minggu lalu di kampung Menangah Menumbok.

Dalam kejadian tersebut sebanyak 5 buah rumah berhampiran musnah dalam kebakaran tersebut.

Bagaimana pun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Bersimpati dengan nasip yang menimpa Lima keluarga ini Aminah turut mereka tabah dan bersabar menerima dugaan tersebut seterusnya menyampaikan sumbangan peribadi bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang terlibat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles