Oleh: Jaafar Abdul Wahid
KOTA KINABALU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menolak dakwaan UMNO Sabah kini berpecah dan membentuk dua kumpulan yang beliau sifatkan hanya sebagai presepsi yang dimainkan oleh pihak tertentu demi memecah belahkan kesatuan dalam UMNO Sabah kepentingan politik mereka.
Katanya memang UMNO Sabah berpecah kepada beberapa kumpulan tapi bukanya berpecah dari segi kepimpinan tapi dipecahkan kepada beberapa kumpulan pemikir yang akan merangka plan strategi yang lebih berkesan memenangi hati rakyat khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Menurut Bung Kumpulan pemikir ini dipecahkan dalam beberapa kumpulan pemikir ,merancang plan strategi yang lebih efisin dan berkesan untuk mencapai kemenangan khususnya dalam menghadapi PRN akan datang
“Kita perlu kumpulan pemikir menggariskan plan stragei dan hala tuju untuk parti sebagai persiapan unggul menuju PRN akan datang,” katanya ketika ditemui selepas marasmikan Retreat UMNO Bahagian Kota Kinabalu di Putatan malam kemarin.
Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO bekata demikian sebagai mengulas isu yang cuba ditularkan oleh pihak tertentu dimedia sosial yang kini UMNO Sabah kini berpecah ekoran pertemuan beberapa pemimpin UMNO bersama Ketua Menteri yang juga Presiden GRS Datuk Seri Panglima Hajiji Noor baru-baru.
Menurut Bung sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat mereka berhak berjumpa Ketua Menteri bagi menyampaikan isu yang dihadapi oleh rakyat di kawasan masing-masing.
“Mereka ADUN yang dipilih oleh rakyat, tidak salah mereka berjumpa Ketua Menteri sampaikan masalah atau isu yang dihadapi rakyat di kawasan masing-masing, jika Ketua Menteri menghormati Kerajaan Perpaduan ,beliau perlu memberi ruang untuk bertemu dan mendengar keluh kesah rakyat terutamanya Adun-Adun dari UMNO yang ketika ini di Sabah diletakan seperti Adun Pembangkang,” jelas Bung.
Sehubungan itu, Bung mengingatkan ahli-ahli UMNO agar tidak terpengaruh dengan sentiman beberapa pihak yang sengaja menularkan di media sosial UMNO Sabah berpecah sebagai satu perang psikologi dan propaganda yang merupakan strategi mereka untuk memecah belahkan kesatuan dalam UMNO Sabah.
Bung yang juga Pengerusi BN Sabah berkata, UMNO sebagai sebuah oraganisasi yang bersistem menyedari gerak kerja yang berstrategi dan sistematik mampu mengembalikan kedudukan parti keramat ini dalam arena politik negara khsusnya di Sabah.
“Sebab itu kita pecahkan kumpulan mengikut Zon atau bahagian bagi memikir dan merancang plan strategi yang lebih berkesan untuk menambat hati rakyat dan memenangi pilihanraya yang kemudiannya kita rumuskan menjadi satu plan strategi yang boleh diguna pakai sebagai manifesto parti bila menghadapi PRN,” katanya.
Menurut beliau UMNO bahagian Kinabalu adalah antara bahagian yang mengambil peranan ini dengan mengadakan retreat bagi mencari keadah yang lebih berkesan memperkukuhkan parti dan ianya akan disusuli oleh UMNO bahagian-bahagian lain.
Katanya, Retreat bukan semata-mata instrumen memperkasa jentera untuk pra-pilihan raya sahaja, sebaliknya ia merupakan platform yang mencakupi segala aspek termasuk kebarangkalian ketika PRN berlangsung lebih awal.
“Kita melatih mereka yang mana pimpinan ini akan turun ke bahagian masing-masing untuk melatih pula di peringkat cawangan. Kesiapsiagaan jentera itu amat penting bagi menghadapi pilihan raya” kata
“Inilah tujuan kita buat program ini iaitu untuk menyiapsiagakan mereka. Jadi selepas program ini berakhir saya percaya mereka bersedia untuk menghadapi pilihan raya.
“Kita perlukan satu aspirasi yang menjadi landasan kepada semua. Sesuatu yang saya gelar Agenda Bersama Untuk Masa Depan Bersama atau “A Common Agenda For A Common Future”,” katanya
Hadir sama Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Arifin, Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu Hajah Musliati Muslimin, Bendahari Pemuda UMNO Malaysia Mohd Kurniawan Naim Moktar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah Sufian Abdul Karim Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah Ummno Nabilah Jamal dan beberapa orang Ketua UMNO bahagian-bahagian.