KOTA KINABALU : Badan Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) perlu menyediakan barisan pemimpin pelapis berkaliber, bagi mempersiapkan mereka sebagai pemimpin yang akan meneruskan agenda serta perjuangan Badan tersebut pada masa hadapan.
Ketua Belia (USIA) Datuk Jamawi Jaafar berkata ,pemimpin belia (USIA) sedia ada ketika ini akan melepasi had umur yang ditetapkan sebagai anggota belia, justeru persediaan awal perlu dilakukan bagi membentuk generasi pemimpin masa hadapan.
Beliau berkata Belia Usia Sabah juga terikat dengan had umur bagi belia Malaysia yang menatapkan had Umur 40 selaras dengan pindahan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019
“ Majoriti Ketua dan sebahagian Ahli Belia Usia yang ada ketika telah melebihi had umur 40 tahun dimana jika mengikut pindahan akta Pertubuhan dan Pembangunan belia tidak membolehkan mereka menduduki jawatankuasa dalam badan Belia Usia lagi, justeru mereka perlu diganti dengan pemimpin baharu selaras dengan umur yang telah ditetapkan sebagai golongan belia,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat khas jawatankuasa Belia Usia di sini kemarin.
Bagaimanapun Jamawi berkata, keputusan telah dicapai untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Tertinggi USIA Pusat agar kedudukan ketua-ketua belia dan ahli jawatankuasa yang telah melebihi umur 40 tahun yang ada sekarang akan diteruskan sehingga pemilihan jawatankuasa pusat USIA yang akan diadakan pada tahun hadapan.
Sehubungan itu, beliau berkata pemimpin pelapis perlu disediakan dan mereka ini perlu didedahkan dengan pelbagai ilmu kepimpinan, kemahiran selain mempunyai jatidiri serta moral yang baik bagi meneruskan visi belia USIA pada masa akan datang
“Golongan belia berkenaan perlu sentiasa cekap, pantas, kreatif, bijak dan berani, dalam menghadapi apa jua cabaran, memandangkan mereka menentukan kejayaan setiap agenda perjuangan Belia Usia serta agenda pembangunan negara pada masa hadapan,” katanya .
Dalam pada itu, Jamawi mengakui minat di kalangan generasi muda untuk menganggotai Belia Usia agak kurang memberansangkan dimana golongan belia lebih berminat menyertai badan badan belia yang lebih universal perananya.
“Sebenarnya Badan Belia Usia tidak hanya tertumpu kepada kegiatan dakwah semata-mata kita juga turut turut memberikan perhatian kepada kegiatan-kegiatan yang lain seperti, Pendidikan, kemasyarakatan dan sukan berdasarkan syariat Islam,” katanya.
Menurut beliau lagi agak malang apabila roh belia dan beliawanis yang begitu kuat ketika era 1980-an serta 1990-an, hilang tenggelam di zaman. Lambakan gajet dan perkembangan teknologi global menyaksikan jati diri belia kian terhakis.
Sehubungan itu, Jamawi turut mengajak golongan muda di negeri ini agar menyertai Badan Belia Usia Sabah dimana tidak dinafikan Belia Usia juga telah berjaya membentuk dan menonjolkan tokoh pemimpian yang sudah berjaya dalam bidang politik,dan kerjaya dalam sektor perkhidamatan awam.
“Saya berharap selepas barisan kepimpinan belia Usia yang ada ketika ini berundur, pemimpin penganti perlu lebih agresif mendekati golongan muda dengan mengajak mereka menyertai Belia Usia dengan pendekatan yang lebih sesuai dengan citarasa golongan ini agar Badan Belia Usia mampu menjadi agen perubahan minda, menjadi pengerak program dakwah untuk membina jati diri golongan belia yang berwawasan dan berdaya maju untuk menyumbangkan kepada Pembangunan dakwah dan kemajuan negara,” katanya.