Gagasan Rakyat terbuka untuk menerima bekas-bekas pemimpin, ahli-ahli pembangkang

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah bahagian Likas terbuka untuk disertai bekas ahli daripada parti pembangkang termasuk pemimpinnya.

Advertisements

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Likas, Haji Mohammad Bahrin Haji Abd Karim berkata keahlian Gagasan Rakyat juga terbuka kepada bekas ahli pembangkang, selain individu lain yang berminat dengan perjuangan politik menerusi parti tempatan berkenaan.

“Mereka (bekas ahli pembangkang) dipelawa memohon untuk menjadi ahli Gagasan Rakyat. Kita sentiasa terbuka terutama kepada bekas ahli-ahli parti pembangkang untuk menyertai parti baharu (PGRS) ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima 200 borang keahlian daripada parti pembangkang ke Gagasan Rakyat Likas di Kota Kinabalu hari ini.

Turut hadir Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas, Halizah Din.

Katanya, parti itu dijadikan landasan baharu untuk meneruskan perjuangan
Insya-Allah, kita akan menggerakkan dan meneruskan perjuangan kita melalui Gagasan Rakyat demi pembangunan rakyat serta negeri ini.

Pertemuan itu diketuai Datuk David Chong bersama-sama dengan James Yin Max Loo, Chong Ket Vui, Tsen Hen Phion, Alex Chee, Hiew Sui Chong, Chee Chok Kwok dan Mohd Yunus Zipli.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles