Kerajaan Sabah perlu lakukan perubahan pelantikan lembaga pengarah GLC – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata kebanyakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah dalam situasi lemah disebabkan ia tidak diurus dengan baik.

Advertisements

Katanya, kerajaan negeri tidak mengutamakan kepentingan GLC terbabit terutama dalam soal pelantikan lembaga pengarah, ia lebih berdasarkan kuota dan bukan keutamaan mengikut merit.

Malah menurut beliau terdapat beberpa GLC (tanpa menyabut nama GLC) turut memperalatkan GLC untuk melantik pegawai-pegawai dari kalangan keluarga dan kroni dengan membayar elaun dan gaji yang terlalu tinggi sehingga menjejaskan sumber kewangan GLC yang berkenaan.

“Ini menyebabkan pengurusan GLC terbabit tidak bermaya dan lemah serta tidak berdaya saing”.

“Sebab itu kebanyakan GLC negeri telah mengalami kerugian daripada keuntungan dan perkara ini seharusnya dielakkan daripada menjejaskan GLC terbabit,” katanya sebagai mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Masidi Manjun bahawa GLC Sabah lebih banyak kerugian daripada keuntungan.

Masidi mengingatkan GLC tersebut bahawa kerajaan negeri bukan pertubuhan kebajikan untuk terus membiayai mereka apabila sesebuah GLC yang tidak menguntungkan.

“Kami bukan menjalankan pertubuhan kebajikan. Anda sepatutnya berusaha mendapatkan duit untuk membayar gaji kakitangan anda,” jelas Masidi.

Bung Moktar yang juga Ketua Umno Sabah dan Anggota Parlimen Kinabatangan, berkata sudah tiba masanya kerajaan negeri mengubah strategi bagi pelantikan ahli-ahli lembaga pengarah setiap GLC yang perlu mengikut tuntutan strategi perniagaan.

Menurutnya, pihaknya yakin bahawa pelantikan ahli lembaga yang mengikut merit dan latar belakang pengalaman sepatutnya diberi keutamaan bukan berdasarkan kuota parti politik yang memerintah.

“Kerajaan negeri perlu melakukan perubahan bagi memastikan GLC lebih kompettif, diuruskan dengan baik berorentasikan keuntungan dan berkesan dalam perniagaan yang mereka terokai,” ujar Adun Lamag itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles