KOTA KINABALU: Tinjauan Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah mendapati harga ayam di sekitar bandaraya Kota Kinabalu masih sama eslaupun penamatan subsidi ayam pada 1 November lalu.
Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan berkata
walaupun subsidi harga ayam telah dihapuskan mulai Rabu I November 2023 harga ayam bulat kekal antara RM11.90 hingga RM12.00 satu kilo.
Beliau berkata harga ayam bulat super di Sabah, terutamanya sekitar bandar raya ini masih pada paras RM11.90 hingga RM12 sekilogram, semalam.
Berdasarkan tinjauan, harga kawalan RM11.90 hingga RM11.99 sekilogram dikenakan di kebanyakan pasar raya dan pasar raya besar.
Manakala RM12 sekilogram di Pasar Besar Kota Kinabalu.
David menambah selain harga yang dikekalkan, bekalan ayam juga mencukupi dan tidak menyebabkan sebarang bentuk pembelian panik.
Bagaimanapun, David memberitahu pengguna mempunyai hak untuk membeli barang-barang tersebut.
“Ini barang keperluan selain telur ayam yang dimakan setiap keluarga,” jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau harga ayam di sekitar Pasar Besar Kota Kinabalu dan pasar raya.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat mengenai salah laku yang disyaki atau membuat pertanyaan melalui WhatsApp di talian 019-279 4317 atau 019-848 8000; hubungi portal aduan di e-aduan.kpdn.gov.my; Pusat Panggilan di 1-800-886-800; atau hantar e-mel ke e-aduan@kpdn.gov.my; Ez ADU KPDN; hubungi Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245; atau menghubungi ke pejabat KPDN yang berhampiran.