Pandikar Amin tidak layak jadi pemimpin dengan buat sangkaan PM semberono

KOTA KINABALU: Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak layak menjadi pemimpin dengan membuat sangkaan semberono terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Advertisements

Ketua Bahagian UMNO Putatan Jeffery Nor Mohamad berkata tanpa melihat diri dari segala sudut masa kini yang sedang berlaku selama beliau menjadi pemimpin atau orang besar adakah tidak berlaku perubahan atau pun berlaku perubahan.

Katanya untuk makluman projek-projek dibawah RM50 juta tidak lagi dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan semuanya dilaksanakan tatakelolanya oleh Kerajaan Negeri Sabah.

“Sebelum kita menyalahkan mana-mana pihak kita perlu lihat apa-apa kesilapan kita antaranya Kerajaan Persekutuan memberikan kita RM6.5 bilion sebagai peruntukan pembangunan negeri Sabah tetapi hanya 39.4 peratus digunakan atau RM2.6 Bilion.

“Jadi di sini siapa yang harus kita persalahkan manakala sekarang harga ayam seluruh Malaysia termasuk Sarawak harga dibawah RM10 sekilogram.. kenapa pula di Sabah harga melebihi RM12,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Jeffery berkata ada kontraktor yang diberikan projek Pan Borneo baru menyiapkan kerja-kerja dalam 20 peratus ke bawah dalam perkara ini siapa yang mahu persalahkan.

“Saya jangkakan tidak semudah itu dapat diselesaikan, saya tidak menyalahkan mana-mana menteri yang terlibat tetapi kelemahan kita ialah mengenai dasar dan tatakelola kita yang perlu diperbaiki dengan segera.

“Supaya urus tadbir kita boleh menerima longgokan peruntukkan dengan kadar kebolehan yang tinggi bagi menyelesaikannya, jadi perkara-perkara ini yang kita perlu fikirkan dan selesaikan daripada kita bermain retorik seperti itu ianya sudah ketinggalan zaman,” jelasnya.

Jeffery yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah berkata isu-isu ini amat dekat diihati rakyat.

“Saya sudah berulangkali menyatakan keutamaan kita kalau mahu bekalan air bersih kita seperti di China kita sudah mula untuk melihat jauh iaitu penswastaan Jabatan Air sudah menjadi keperluan yang penting untuk difikirkan. Dasar kita serta masalah birokrasi harus diberikan keutamaan.

“Kalau elektrik kita mahu seperti di negeri-negeri lain dasar serta masalah birokrasi harus diutamakan,” katanya.

Menurutnya isu ayam skrng kalau perlu kementerian yang berkaitan di negeri ini mengapungkan harganya tetapi sebelum itu mesti tahu berapa jumlah kuantiti yang sebenarnya ada dalam negeri kita ini,” katanya.

Jeffery berkata apa lagi di Sabah masih lagi belum jelas apa yang sebenarnya berlaku mengenai urusan di Pulau Balambangan dan begtu juga urusan karbon kredit.

Jelasnya, sebagai rakyat Sabah masih lagi tertanya betul kah tidak isu ini.

“Saya hairan kenapa sekarang Pandikar Amin seolah-olah menjadi retorik dengan menyokong semberono tanpa ada penjelasan fakta.

“Kita semua tahu beliau pernah menjadi speaker di persekutuan.. knpa ketika itu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti sekarang. Sudah-sudahlah bermain politik mengikut tradisi lama, dunia sekarang dalam suasana dimana mitos individu dan pengalaman lama seseorng pemimpin bukan lagi boleh dijadikan sandaran utama,” ujarnya.

Justeru itu, beliau mencadangkan agar Pandikar Amin boleh sudah mula bersara dari arena politik Sabah kerana beliau akan menjadi liabiliti kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) .

“Ramai lagi dalam parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang berkebolehan dan boleh membawa dunia politik USNO yang lebih segar,” kata Jeffery.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles