Penduduk kesal pejabat UPPM dijadikan medan politik bukan untuk membantu rakyat

SUKAU: Tindakan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sukau Juslee Arpiah menggunakan pejabat UPPM sebagai medan untuk berpolitik mendapat kecaman dari masyarakat setempat.

Advertisements

Seorang penduduk Sukau Ninalee Madzlee berkata sepatutnya pejabat UPPM digunakan untuk urusan menyelasaikan masalah rakyat bukannya disalahgunakan untuk kepentingan politik.

Katanya, bila pemimpin terutama penjawat awam mencampuradukkan antara tugas dengan politik, ia pastinya menjejaskan tumpuan seseorang PPM yang diberikan amanah untuk menyelesaikan masalah rakyat di kawasan yang diwakili.

Menurut beliau urusan politik biarlah dilakukan di pejabat parti , tanpa mencampuradukkan urusuan tersebut dengan tugas hakiki sebagai penjawat awam yang terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan

“Bila kita tidak dapat membezakan antara tugas dan politik inilah kejadiannya” katanya.

Teguran itu keluar apabila tular di media sosial Juslee sebagai PPM Sukau menulis status di media sosial milik beliau yang menerima kemasukan Ketua Cawangan UMNO Bongon Besar 1 Malaysia dan ahli UMNO Cawangan Pulau Nangka menyertai GRS di pejabat UPPM Sukau.

Bagaimanapun semakan yang dibuat akhirnya Juslee telah memadam status serta gambar berkenaan setelah menerima kecaman dari pelbagai pihak di kawasan Sukau.

Bagaimanapun, terdapat pengguna media sosial yang sempat membuat skrin shot terhadap status tersebut.

Seorang lagi penduduk Sukau Charl Sumilau meminta agar Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Pengarah UPPM Datuk Awang Kadin Tang agar menegur perbuatan PPM Sukau yang dilihat boleh menjejaskan imej Kerajaan dan pejawat awam.

Katanya, seharusnya tugas-tugas PPM lebih tertumpu untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat di kawasan bukanya pejabat untuk berpolitik kerana urusan politik akan diselesaikan oleh Pejabat parti di bahagian masing-masing.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Romantora Toratora dalam komennya di media sosial berkata perbuatan PPM Sukau itu yang membawa urusan politik ke pejabat PPM bercangah dengan peraturan sebagai seorang pejawat awam negeri.

Menurut beliau tidakan Juslee menerima kemasukan ahli baru PGRS di pejabat UPPM Sukau memperlihatkan betapa cetaknya pengetahuan beliau terhadap bidang tugas sebagai PPM

“Perbuatan beliau (Juslee) seolah-olah membelakangkan kepimpinan bahagian GRS Sukau yang diketuai oleh Datuk Juhari Janan dimana seharusnya urusan politik biarlah dilakukan di pejabat GRS bahagian bukannya di pejabat PPM,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles