Gagasan Sabah Maju Jaya Pembangunan Modal Insan Tidak Dipinggirkan – Zulkhairi

BONGAWAN; Bagi merealisasikan gagasan Sabah Maju Jaya ianya tidak hanya tertumpu kepada usaha untuk menyediakan prasarana pembangunan semata-mata namun aspek pembangunan model insan turut diberikan perhatian.

Advertisements

Menurut Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Kumpulan Yayasan Sabah Zulkhairi Haji Ismail tanggungjawab tersebut tidak semata-mata menjadi tugas kerajaan namun semua pihak termasuk badan-badan koprat, sektor swsata dan Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) turut terlibat menjayakanya.

Sehubungan dengan itu katanya Kumpulan Yayasan Sabah sebagai salah sebuah GLC milik Kerajaan negeri akan terus memberi fokus kepada pembangunan modal insan bagi membawa perubahan kepada masyarakat khususnya di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, program-program yang diwujudkan oleh Yayasan Sabah adalah berpaksikan kepada Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Pelan SMJ, antara lain menekankan keperluan untuk meningkatkan modal insan dan kesejahteraan rakyat.

“Atas komitmen ini, Kumpulan Yayasan Sabah akan terus menyokong agenda pembangunan SMJ dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negeri yang progresif dan berjaya,” katanya ketika berucap merasmikan Program Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) Penyerahan Skim Bantuan Khas (SBK) di SK Pekan Bongawan kemarin.

Turut hadir Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Papar Saiful Bahri Mohammad Guru Besas SK Pekan Bongawan IIsmail Pani, Ketua Pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Sitti Sherifah Jabarkhan dan barisan kepimpinan PIBG SK Pekan Bongawan

Menurut Zulkhairi selain menyediakan biasiswa dan pinjaman ,Yayasan Sabah melalui tanggugjawab sosial kopratnya turut menyediakan bantuan seperti peralatan sekolah kepada pelajar terutamanya pelajar dalam ketegori keluarga B40 bagi meringankan beban ibu bapa mereka

Zulkhairi berkata Kumpulan Yayasan Sabah harus terus memberi fokus kepada pendidikan dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke pengajian tinggi. Pada tahun 2022 sebanyak RM28.5 juta telah dibelanjakan untuk memberi tajaan dalam bentuk biasiswa, dermasiswa dan pinjaman kepada 2,823 orang pelajar baharu dan yang sedang belajar

Pada majlis tersebut seramai 100 pelajar SK Pekan Bongawan menerima peralatan keperluan belajar sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah yang mana program tersebut merupakan sebahagian daripada gerak kerja pejabat -Pejabat ZON KYS seluruh Sabah dalam membantu golongan berkeperluan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles