Sambutan Hari Penglihatan Sedunia di Sabah

KOTA KINABALU: Baru-baru ini, SK Pendidikan Khas Tuaran telah menganjurkan Sambutan Hari Penglihatan Sedunia dengan kolaborasi bersama Jabatan Paediatrik dan Oftalmologi, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, bertempat di Dewan Sekolah SK Pendidikan Khas Tuaran.

Advertisements

Sambutan ini adalah merupakan kolaborasi yang kedua antara kedua-dua pihak.

Seramai 69 orang peserta dari SKPK Tuaran yang terdiri daripada guru, staf sekolah dan murid telah menyertai program ini.

Manakala seramai 23 orang staf dari Jabatan Paediatrik dan Oftalmologi, HWKKS telah menyertai sambutan ini yang diketuai oleh Dr Mohamad Israk bin Mohamad Isa (Ketua Jabatan Paediatrik dan Oftalmologi).

Turut serta ialah Prof. Dr. Shuaibah A.B. Ghani iaitu Ketua Jabatan Oftalmologi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sambutan ini dirasmikan oleh wakil dari PPD Penampang Jurainih Brahim (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Khas Sektor Pembelajaran, PPD Penampang).

Hari Penglihatan Sedunia disambut pada hari Khamis kedua bulan Oktober, setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kesihatan mata dan mewujudkan rasa empati kepada mereka yang mengalami gangguan penglihatan dan tidak mempunyai akses untuk rawatan mata.

Sambutan ini adalah sangat penting kerana SK Pendidikan Khas Tuaran adalah satu-satunya sekolah rendah di Sabah yang menempatkan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Kurang Upaya Penglihatan dari pra sekolah sehingga Tahun 6.

Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang pelaksanaan program iaitu Aktiviti Orientasi dan Mobiliti dan Pertandingan Goalball (Friendly Match). Semua peserta berpeluang untuk merasa kehidupan sebagai seorang yang mempunyai Kurang Upaya penglihatan dengan menjalankan aktiviti seperti berjalan menggunakan tongkat putih, berjalan menaiki dan menuruni tangga serta mengisi air dalam gelas. Aktiviti ini dijalankan dengan peserta menutup mata menggunakan blindfold.

Selain itu, pertandingan Goalball yang dijalankan memberi peluang kepada staf Jabatan Paediatrik dan Oftalmologi untuk bermain Goalball, iaitu salah satu permainan khusus untuk Orang Kurang Upaya Penglihatan.

Pertandingan ini mendapat sambutan yang meriah dengan pelaksanaan 5 pusingan perlawanan sengit antara pihak sekolah dan wakil hospital.

SK Pendidikan Khas Tuaran memenangi pertandingan secara keseluruhan dan memegang piala pusingan.

Selain itu, pihak sekolah turut berbesar hati menerima sumbangan tongkat putih, set permainan Carom dan set Pétanque yang disampaikan oleh Dr. Mohamad Israk bin Mohamad Isa dan Prof. Dr. Shuaibah A.B. Ghani kepada pihak sekolah. Sumbangan-sumbangan yang diterima ini akan diguna oleh semua murud-murid SKPK Tuaran dalam menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah.

Kolaborasi seumpama ini dapat memberi impak yang besar kepada semua peserta terutama MBPK Kurang Upaya Penglihatan dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Ia dapat membantu melahirkan MBPK Kurang Upaya Penglihatan yang aktif bukan sahaja dari aspek jasmani, tetapi juga dari segi emosi, sosial, Rohani dan intelek. Program seperti ini turut dapat membantu memperkenalkan murid-murid kepada Masyarakat luar melalui interaksi antara peserta yang hadir sepanjang sambutan World Sight Day berlangsung.

Kolaborasi seumpana ini adalah sangat baik dan boleh diteruskan pada masa datang. Pihak sekolah juga amat berbesar hati dengan kerjasama yang tinggi diberikan oleh pihak Jabatan Paediatrik dan Oftalmologi, HWKKS dalam menjayakan Sambutan World Sight Day peringkat sekolah. Diharapkan program seumpana ini akan dapat memberi impak positif dan menarik kesedaran Masyarakat luar mengenai murid-murid Kurang Upaya Penglihatan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles