Kaedah 4M digunapakai untuk perkasakan medium penerangan UMNO – Suhaimi

KOTA KINABALU : Biro Penerangan Umno Sabah akan menggunakan kaedah ‘4M’ iaitu Media Bersemuka, Media Cetak, Media Elektronik dan Media Maya dalam memberi penerangan kepada ahli dan rakyat mengenai dasar dan program parti selain penerangan mengenai pelbagai projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Advertisements

Ketua Penerangan Umno Sabah , Datuk Suhamimi Haji Nasir berkata penggunaan 4M itu dilihat lebih berkesan bagi menghebahkan pelbagai maklumat selain dijadikan mediaum untuk menangkis segala provokasi tomahan dan fitnah kepada pemimpin dan parti.

“Dalam hubungan ini, UMNO Sabah mengambil pendekatan untuk mengadakan pemukiman (Retret) Penerangan UMNO Sabah bagi memberikan kefahaman kepada Ketua-Ketua Penerangan parti empat peringkat seiring dengan usaha parti untuk memperkasakan Medium Penerangan UMNO,” katanya ketika ditemui selepas majlis peramian Retret Penerangan UMNO Sabah itu di sini pada malam Jumaat.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan dan turut dihadiri oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr.Shamsul Anuar Nasarah, Bendahari UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak ,Ketua Wanita UMNO Sabah Senator Datuk Noraini Idris dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah Suffian Abd. Karim.

Menurut Suhaimi yang juga Ketua UMNO bahagian Libaran, Retret yang berlangsung selama tiga hari itu 27-29 Oktober 2023 diisi dengan pelbagai program antaranya Sesi Townhall Penerangan yang bertajuk “Kesediaan UMNO Sabah mendepani PRN” yang mana ahli panelnya terdiri Dr.Shamsul Anuar, Abd Rahman Dahlan, Salleh dan Pengarah Jabatan Pilihanraya UMNO Sabah Jeffery Noor Mohamed.

“Pengisian lain program ini termasuklah penerangan Media Baru, penulisan kreatif, (Teori dan Praktikal) suntingan Grafik, komunikasi asas pengucapan awam dan komunikasi berkesan dan sesi Townhall Penerangan “Mendepani Dinamik Politik Sabah” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Suhaimi berkata Biro Penerangan parti merupakan barisan hadapan yang perlu tabah, berani, bijaksana dan membantu parti menghadapi serangan pihak lawan dengan pelbagai tomahan dan fitnah kepada pemimpin dan parti.

“Kita yakin dengan menggunakan gaya komunikasi betul, dengan bantuan platform media sosial yang tepat dan berkesan, Penerangan UMNO Sabah akan memberi impak dan hasil positif kepada parti khususnya dalam menghadapi PRU dan PRN akan datang,” katanya.

Suhaimi berkata komitmen kehadiran Ketua penerangan empat peringkat dalam retret kali ini cukup positif dan ini mencerminkan semangat ahli di peringkat bahagian dan cawangan bersedia ke arah Pilihanraya khususnya PRN.Sabah yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

“Sebagai Ketua Penerangan UMNO, kita bertanggungjawab bagi memastikan peranan Biro Penerangan berperanan dengan baik dan berkesan dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara., jadi kita kita perlu terus berjuang memenangkan parti pada PRU dan PRN akan datang.

“Sebagai barisan hadapan parti, kita juga harus mengangkat kembali reputasi UMNO di mata rakyat. Kita harus pulihkan kembali kegemilangan UMNO sebagai sebuah parti politik yang menerajui negara, disegani kawan dan lawan. Paling penting kemenangan UMNO/BN pada PRU dan PRN akan datang ini biarlah lebih bermakna, “ tambah Suhaimi.

Beliau menggesa setiap bahagian UMNO mengambil inisiatif menganjurkan program tersebut sekurang-kurangnya sebulan sekali atau dianjurkan bersama dengan program Juara Rakyat.

“Kalau boleh setiap bulan satu aktiviti kerana ini akan menggerakkan UMNO dari peringkat akar umbi dan program mesti berterusan supaya pemimpin sentiasa merakyatkan diri mereka,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles