KOTA BELUD : Persatuan Alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) meneruskan aktiviti kebajikannya di bawah Program Sentuhan Kasih Alumni KTYS di Gereja Katolik St. John Of The Cross Kampung Gonok di sini, semalam.
Presiden persatuan itu Mohd Pkhruddin Bian turut hadir pada program itu dengan menyerahkan sumbangan berupa beras dan hamper kepada Ahli Gereja Pelinting @ Jaimon Basinau dan isteri Sunggim Yadap.
Ketua Exco Biro Publisiti dan Penerangan Rendy Ziki berkata program tersebut adalah program tahunan persatuan itu dalam menyantuni masyarakat.
Katanya pihak gereja di kampung itu akan menyerahkan sumbangan beras itu kepada penduduk kampung yang dikenal pasti memerlukan bantuan.
Menurutnya aktiviti luar ini dapat mendedahkan kepada Ahli Jawatankuasa persatuan itu kepada masyarakat di lapangan.