Ratusan warga SK Mantob kini nikmati bekalan air terawat

KIULU: Penantian ratusan warga SK Mantob, terutama murid sekolah untuk menikmati bekalan air bersih berakhir apabila projek Pembekalan dan Pemasangan Sistem Air Bersih Terawat menggunakan Teknologi Membran berjaya disiapkan baru-baru ini.

Advertisements

Projek itu merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang amat prihatin permasalahan rakyat, terutama warga sekolah di kawasan luar bandar.

Sehubungan itu, guru besar SK Mantob Encik Romie Boliku menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada KPM dan juga pihak UTM yang telah melaksanakan dan menyediakan projek kemudahan bekalan air bersih itu.

Menurutnya, isu bekalan air bersih terawat di sekolah-sekolah merupakan antara isu yang sangat kritikal terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman di Sabah.

“Selama ini, murid-murid dan guru-guru di SK Mantob menikmati bekalan air paip yang tidak terawat dan juga telaga tiub.

“Dalam hal ini, saya bagi pihak warga SK Mantob menyambut baik langkah kerajaan menerusi KPM
melaksanakan projek ini di sekolah kami,” katanya.

SK Mantob merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan pedalaman yang terletak di banjaran Crocker di Tuaran, Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles