SANDAKAN: Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) Datuk Masiung Banah diminta “cermin diri sendiri” sebelum melabelkan pemimpin lain khususnya dari UMNO sebagai pembelot atau penghianat.
Ahli jawatankuasa veteran UMNO bahagian Kinabatangan Lila Haji Kamrun berkata, mengikut fakta sejarah Masiung sebenarnya adalah raja pembelot dan penghianat dalam politik.
Katanya bermula dengan pemilihan Masiung sebagai calon Barisan Nasioanl (BN) yang mewakili parti UPKO bertanding di kawasan Kuamut dan beliau lupa bahawa Pengerusi BN Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin turut memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan Masiung memenangi kerusi tersebut sejak PRU 2008.
Pada PRU14, BN tewas dan gagal membentuk Kerajaan yang diambil alih oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
“Sejak itu fikiran Masiung bercelaru dan merupakan salah seorang ADUN yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa yang diketuai oleh Tan Sri Musa Haji Aman dimana Masiung adalah antara ADUN yang dikurung untuk bersama dalam komplot tersebut , bagaimanapun percubaan tersebut gagal selepas Shafie membubarkan DUN Sabah bagi memberikan laluan PRN diadakan,” katanya.
Menurut Lila, selepas kegagalan tersebut Masiung terus mencari tempat dan menyertai Warisan sehingga PRN ke 16 di adakan yang menyaksikan Masiung tidak dicalonkan sebagai calon BN mewakili UPKO sebaliknya kawasan Kuamut diwakil oleh BN dengan meletakkan calon dari UMNO Datuk Juhari Janan manakala Masiung bertanding atas tiket bebas yang ditaja oleh Bersatu dan berjaya mengekalkan kerusi DUN Kuamat dalam PRN itu.
Lila berkata gambaran awal itu menjelaskan kepada umum kredibiliti sebenar Masiung yang cuba mengelarkan pemimpin UMNO sebagai pembelot atau penghianat yang akhirnya memakan diri sendiri seumpama “Meludah ke Langit terkena ke muka sendiri”.
“Sejarahnya Masiung dari UPKO (BN) masuk Warisan, menjadi calon Bebas tajaan Bersatu (PN) dan menjadi ahli GRS keahlian terus acap berpindah parti memberikan gambaran seorang pemimpin yang tidak berintegriti berjuang bukan untuk kepentingan rakyat lebih kepada perjuangan untuk peribadi.
“Selepas Warisan tewas dalam PRN ke 16 , Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai PN, BN dan PBS berjaya membentuk Kerajaan dan ketika itu Masiung sebagai calon bebas mengumumkan mesra kepada PN,” katanya.
Menurut Lila, Masiung perlu ingat tanpa dokongan BN yang diketuai oleh Bung Moktar Kerajaan GRS tidak akan dapat dibentuk dan Masiung sendiri tidak akan akan dapat menduduki kerusi pengerusi GLC di Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah.
“Justeru, beliau (Masiung) tidak perlu angkuh dengan melabelkan pemimpin lain sebagai penghianat atau pembelot,” katanya.
Menurut Lila kenyataan Masiung cubaan menjatuhkan Kerajaan GRS melalui “Langkah “Kinabalu “ hanya persepsi kerana tidak berlaku proses menandatangani SD antara UMNO dan Warisan yang dibawa turun naik ke Istana sebagaimana percubaan rampasan kuasa yang diketuai oleh Musa pada 2020 yang mana Masiung terlibat sama dalam komplot tersebut.
“Apa yang berlaku ialah perbincangan untuk menyelaras Kerajaan perpaduan negeri dengan Kerajaan perpaduan di peringkat pusat bagaimanapun oleh kerana perbuatan belot beberapa pemimpin UMNO Adun Sugut Datuk James Ratib dan Sinduman Datuk Dr Yusuf Yakub yang belum pun disahkan menjadi ahli UMNO dan beberapa pemimpin lain yang lebih awal datang berjumpa Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor akhirnya Hajiji termakan hasutan mereka kerana lebih pentingkan kedudukan akhirnya perbincangan yang seharusnya diadakan dengan Ketua Menteri oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO ketika itu Datuk Yakub Khan, Setiausaha UMNO Datuk Jafri Arifin dan Ketua Penerangan Datuk Raimi Unggi bertukar kepada penyingkiran pemimpin utama UMNO dari Kerajaan GRS.
“Kini Masiung mendakwa GRS adalah parti tempatan yang memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah sehingga beliau lupa Kerajaan GRS sekarang turut disertai oleh PH yang mana DAP dan ADUN Dilantik daripada Pas bukanlah parti tempatan malah lebih memburukkan imej GRS ada parti dalam komponennya iatu parti SAPP bermain dua kolam di peringkat negeri menyokong PH di peringkat Persekutuan dan pada masa yang sama menyokong PN,” katanya.