Wanita UMNO Sabah diminta fokus perkukuhkan parti dan bantu rakyat – Noraini

Oleh JAW

Advertisements

SANDAKAN: Ketua Wanita UMNO Sabah , Datuk Noraini Idris meminta ahlinya memberi fokus kepada usaha memperkukuhkan parti selain terus membela rakyat .

Menurut Noraini, untuk tempoh kurang dari dua tahun dari sekarang parti akan berhadapan dengan Pilihanraya Negeri (PRN) yang dijangka akan diadakan lebih awal dari tempoh yang sepatutnya iaitu tahun 2025

Katanya dalam keadaan apa pun Wanita sebagai jentera barisan hadapan parti perlu siap siaga dari sekarang tanpa menunggu saat-saat akhir baru menyusun jentera dan gerak kerja.

“Fokus utama Wanita UMNO kini adalah kepada membantu rakyat dan memperkukuhkan gerak kerja dalam mencapai objektif menang dalam PRN nanati ,” katanya ketika dtemui selepas mengadakan perjumpaan bersama Wanita UMNO bahagian Kinabatangan dalam program Jelajah Wanita UMNO Sabah di bangunan Pejabat UMNO bahagian Kinabatangan baru-baru ini.

Beliau yang dalam rangka lawatan kerja jelajah Wanita UMNO Sabah ke Zon 5 turut mengadakan perjumpaan bersama Wanita UMNO bahagian, Batu Sapi, Libaran, Sandakan dan Beluran.

Dalam pada itu Noraini yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia berharap gerak kerja jentera Wanita UMNO perlu diubah mengikut peredaran zaman bukan lagi dengan kaedah lama yang ternyata kurang menarik sokongan rakyat kepada parti itu terutamanya generasi muda

Beliau berkata, sekarang ini sayap parti itu perlu melihat setiap maklumat perlu disampaikan melalui hujung jari bukan sahaja berkempen dari rumah ke rumah.

“Di peringkat Wanita UMNO Sabah , kita akan kaji dan akan ubahsuai gerak kerja dan pendekatan dalam menyediakan maklumat parti seperti media maya facobek, tik tik dan sebagainya .

“Bayangkan, kita ada sejuta lebih ahli Wanita yang cekap bermain media sosial, saya fikir kita akan adakan tentera siber wanita yang kuat atau jentera yang boleh turun untuk berkempen melalui media sosial,” katanya

Walaupun begitu menurut Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO Penampang , kempen rumah ke rumah tetap diadakan juga tetapi di kawasan tertentu sahaja seperti kampung, desa dan pedalaman yang tidak mempunyai rangkaian internet.

Manakala kempen secara talian pula ditumpukan pada Kawasan bandar sepertimana dilakukan oleh parti lain.

Ketika diminta mengulas tahap persediaan jentera Wanita UMNO dalam sesi taklimat semasa program jejalah kebeberapa bahagian sebelum ini, Noraini berkata beliau berpuas hati dengan gerak kerja yang ada, bagaimanapun tahap kesiapsiagaan perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa khususnya dalam menghadapi PRN yang semakin hampir ke peghunjungnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles