Oleh JAW
KINABATANGAN: Sikap pekerti serta akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan teladan.
Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Mohd Kurniwan Naim Moktar berkata perjuangan Nabi Muhamad dalam menyampaikan dakwah dan membimbinng umat perlu dijadikan contoh agar terus kekal walaupun berhadapan dengan cabaran dan musi setiap masa dari segenap penjuru namun baginda terus cekal melaksanakan amanah amanah dari Allah SWT membawa manusia kea rah kebaikan.
“Sambutan Maulidur Rasul bukan sahaja kita memperingati hari kelahiran baginda namun dalam masa yang sama umat Islam perlu menghayati ibrah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam memimpin dan menyatukan pelbagai kaum tentunya akan membangkitkan rasa keinsafan untuk sama-sama membangunkan negara tercinta ini sebagai sebuah negara yang adil, aman dan sejahtera, lantas beroleh barakah daripada Allah SWT,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Maulldur Rasul anjuran Kawasan Rukun Tetanga di masjid Kampug Jaya Baru Kinabatangan baru baru ini.
Menurut Mohd Kurniawan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kinabatangan, perpaduan dirintis Rasulullah SAW di Madinah berjaya menubuhkan sebuah negara dan bangsa berbeza dengan keadaan sebelumnya. Bibit-bibit perpaduan itu ialah persaudaraan, persatuan, persamaan dan kebebasan.
“Perpaduan ummah yang dibentuk itu bersifat terbuka. Rasulullah SAW tidak membentuk masyarakat politik yang eksklusif bagi kaum Muslimin sahaja tetapi beliau menghimpunkan semua golongan penduduk Madinah, baik golongan yang menerima risalah ajaran Islam mahupun tidak” katanya.
Mohd Kurnian berkata dalam membangunkan komuniti politik, Rasulullah SAW melibatkan semua agama, namun agenda dakwah tetap dilaksanakan dengan sungguh-sungguh tanpa memaksa seseorang bertukar agama dan adil terhadap semua agama lain.
“Berbeza dengan politik di negara ini, sesetengah pemimpin membangunkan politik mereka lebih kepada kepentingan peribadi menjadikan media sosial menabur fitnah menyerang pemimpin walau pun pernah berjasa kepada mereka hanya kerana mencari sokongan sanggup mengenapikan nilai persaudaraan yang mana perbuatan mereka ini turut menyumbangkan kepada perpecahan ,” jelas beliau.
Oleh hal demikian, menurut beliau perpaduan kaum hanya dapat direalisasikan melalui beberapa langkah, antaranya menghormati sesama bangsa atau kaum, mewujudkan persefahaman dari aspek budaya dan kepercayaan diikat dengan satu komitmen kukuh, komunikasi yang baik antara rakyat, pemerintah atau kerajaan serta memupuk perasaan muhibah dan bersikap toleransi.
Jika rakyat hidup dalam keadaan berpecah belah hanya disebabkan sentiment politik kaum dan agama, secara langsung perpaduan negara akan turut sama terancam dan lumpuh, katanya
Majlis tersebut turut dihadiri pengerusi KRT Kampung Jaya Baru yang juga pengerusi Penagnjur Datu Abd Sifat Datu Haji Arififin serta lebih 200 orang penduduk setempat dengan dengan program perarakan, bacaan Qasidah, pertandingan hafazan dan ceramah agama: