Acryl Sani dahului penerima darjah kebesaran sempena Hari Jadi Rasmi TYT Sabah

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Polis Negara yang juga Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, 62, dan Presiden Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia, Datuk Dr Tang Yong Chew, 64, mendahului senarai seramai 1,209 penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena sambutan Hari Jadi Rasmi ke-70 Yang DiPertua Negeri Sabah (TYT), Tun Juhar Mahiruddin di sini hari ini.

Advertisements

Kedua-dua penerima berkenaan dianugerahkan pingat kebesaran tertinggi negeri, iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.
Sementara itu, seramai 88 penerima termasuk 11 wakil rakyat dianugerahkan pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.
Antara yang menerima PGDK termasuklah Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin; Ahli Parlimen Sepanggar yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud; Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup; serta Ahli Parlimen Tawau Lo Su Fui.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek Hendrus Anding; ADUN Karamunting George Hiew Vun Zin; ADUN Telupid Jonnybone J Kurum; ADUN Sungai Manila Mokran Ingkat; ADUN Kunak Norazlinah Arif; ADUN Luyang Phoong Jin Zhe; dan ADUN Labuk Samad Jambri antara yang menerima PGDK.
Turut tersenarai menerima PGDK adalah Ketua Pengarang Utusan Borneo Lichong Angkui; Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Deputi Komisioner Victor Sanjos; Panglima 5 Divisyen Sabah Mejar Jeneral Malek Razak Sulaiman; Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik; Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Raisin Saidin; dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Asits Sanna.
Sementara itu, seramai lapan menerima anugerah Jaksa Pendamai (JP) diketuai oleh Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Datuk Awang Shahminan Sahari dan Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Nor Asiah Mohd Yusof . 
Penerima JP yang lain ialah Datuk Chee Chi Nyen, Datuk Chu Chun Tau, Mohamed Nazim Maduarin, Datuk Osman Jamal, Suzeianah Saulkmen, dan Teong Bert Deen.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sabah Supian Musa antara 118 yang menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), manakala seramai 228 menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), dan 281 menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK).
Seramai 310 menerima Bintang Kinabalu (BK) dan 174 lagi menerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles