Isu tular lawatan mewah CEO SESB atas kelulusan BOD lalu – Jeffrey Nor

KOTA KINABALU: Isu tular di media sosial membabitkan lawatan rasmi Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Mohd Yaakob Jaafar telah mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) yang lalu.

Advertisements

Ketua Bahagian UMNO Putatan, Jeffrey Nor Mohamed menjelaskan namun tarikh cadangan lalu telah dibatalkan memandangkan waktu keadaan ketika itu bekalan elektrik Sabah berada dalam keadaan tidak stabil.

Katanya, lawatan tersebut bertujuan untuk melihat usaha negara luar dalam perkhidmatan tenaga untuk dijadikan penanda aras dalam usaha menambah baik sekali gus meningkatkan bekalan tenaga elektrik khususnya di Sabah.

“Saya mengesahkan bahawa lawatan ini dulunya adalah atas cadangan kami semasa saya dalam Lembaga Pengarah SESB.

“Selepas itu perkhidmatan saya sebagai Ahli Lembaga SESB tidak disambung dan digantikan oleh orang Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Perlu diingat lawatan ini adalah mesti dilakukan atas persetujuan Lembaga Pengarah SESB dan lawatan ini disertai oleh 6 Ahli Lembaga Pengarah termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) dan KSU KKDW serta Pengerusi SESB yang baharu, Datuk Seri Madius Tangau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jeffrey Nor berkata, isu yang ditularkan di media sosial hanya ingin mendapatkan penjelasan berkaitan status perjalanan CEO SESB apabila beliau memuatnaik beberapa keping gambar di laman sosial miliknya, di mana beliau teruja menggunakan perkhidmatan perjalanan udara kelas pertama seperti kelaziman pengarah pengarah Jabatan dan Agensi Kerajaan.

“Jika dilihat sememangnya beliau layak atas kapasitinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Manakala lawatan di beberapa tempat termasuk sebuah Stadium adalah dilakukan diluar waktu lawatan iaitu pada hari ahad.

“Apa yang penting di sini adalah kita ingin melihat hasil lawatan beliau ini akan mampu memberi impak besar kepada bekalan elektrik di Sabah kemungkinan berlaku di dalam tempoh terdekat,” jelas Jeffrey Nor.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles