Pasukan pemuda UMNO Beaufort muncul naib juara kejohanan bola sepak 9 sebelah Piala Ahli Parlimen Beaufort

BEAUFORT: Pasukan Bola Sepak Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort muncul Naib Juara kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah bagi merebut piala Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah Aching setelah tewas tipis 1-2 kepada pasukan Paurang FT dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut di Kompleks Sukan Beaufort pada Ahad.

Advertisements

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort yang juga pengurus pasukan Ak.Mohd Yazri Ak Mohd Yahya berkata kejayaan merangul gelaran naib juara kejohanan tersebut merupakan satu permulaan baik bagi pasukan Pergerakan Pemuda UMNO yang baru sahaja dibentuk untuk melangkah lebih jauh ke hadapan bagi sebarang kejohanan bola sepak khususnya di kawasan tersebut dan amnya ke peringkat negeri.

“Meskipun menduduki naib juara, namun kami berpuas hati dengan kejayaan ini dan ianya merupakan satu langkah dan percubaan yang terbaik oleh para pemain pergerakan pemuda UMNO untuk membawa lebih banyak peluang kepada para pemain untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutupan kejohanan tersebut yang disempurnakan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Beaufort Haji Jaludin Haji Kadir yang mewakili Aminah.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari bermula 30 September itu disertai 32 pasukan dari kawasan Parlimen Beaufort yang menyediakan hadiah Piala medal dan wang tunai RM3,000 untuk juara, manakala Naib Juara menerima madel dan meraih Wang Tunai RM2,000. Tempat ketiga pula menerima madel dan Wang Tunai RM1,000 sementara tempat ke empat wang tunai RM500.

Menurut Ak Mohd Yazri aktiviti sukan seperti bola sepak antara pendekatan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort bertujuan mendekati golongan muda khususnya di kawasan tersebut untuk terlibat dalam aktiviti sehat selain menjadi wadah mencungkil bakat-bakat muda dalam pelbagai program sukan seperti bola sepak dan takraw bola tampar dan lain lain untuk diketengahkan ke peringkat yang sewajarnya.

“Kita rancang dan laksanakan pelbagai program sukan ke peringkat akar umbi selain menyalurkan bantuan peralatan sukan seperti bola dan sebagainya bagi memberikan galakan kepada anak muda terlibat dengan aktiviti riadah dan menjauhkan mereka dengan ancaman gejala sosial,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapan Aminah yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi semasa menutup kejohahan tersebut yang disampaikan oleh wakilnya Haji Jaludin Kadir berkata, kejohanan tersebut dianjurkan bertujuan menggalakkan anak muda di kawasan tersebut untuk terlibat dengan kegiatan sihat.

Menurut beliau, sukan juga merupakan wadah terbaik bagi membentuk daya juang, semangat perpaduan di kalangan genarasi muda khususnya dalam menjayakan konsep Malaysia Madani.

“Suka bola sepak merupakan antara sukan yang digemari oleh generasi muda, justeru kejohanan ini selain mengalakkan mereka dalam aktiviti riadah kita berharap melalui sukan ianya dapat membentuk budaya kerja berpasukan dan konsep perpaduan eleman yang cukup penting untuk menjana kemajuan diri, komontiti dan negara,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles