Peter kekal peneraju SAFA Tenom

TENOM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Peter Anthony kekal sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Tenom bagi penggal 2023 – 2025.

Advertisements

Keputusan mengekalkan Peter sebagai peneraju gabungan itu dibuat sebulat suara oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) SAFA Tenom pada mesyuarat dan pemilihan yang berlangsung, baru-baru ini.

Peter ketika dihubungi berkata, beliau beterima kasih kepada semua AJK yang memberi kepercayaan kepadanya untuk terus menerajui SAFA Tenom.

Katanya, kepercayaan yang diberikan sejak 2019 itu akan dipikul dengan penuh tanggungjawab demi memajukan lagi sukan bola sepak di Tenom.

“Begitu banyak sekali program telah kita adakan termasuk kejohanan-kejohanan yang mendapat sambutan sangat menggalakkan, sama ada bola sepak lelaki mahupun wanita.

“Selain itu juga, kita telah mencapai kejayaan membanggakan iaitu pasukan lelaki dan wanita kita telah memenangi kejohanan peringkat SAGA (Sukan Sabah) bagi zon pedalaman.

“Kita akan terus mengadakan pelbagai program sepak pada masa akan datang, termasuk dua kejohanan besar iaitu Piala Krismas pada penghujung November ini dan Liga Presiden SAFA Tenom yang akan berlangsung Januari depan,” katanya.

Terdahulu, mesyuarat SAFA Tenom baru-baru ini juga menyaksikan beberapa perubahan dalam struktur gabungan itu termasuk jawatan pimpinan tertinggi.

Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa SAFA Tenom bagi sesi 2023 – 2023.

Presiden : Datuk Peter Anthony
Timbalan Presiden : Mas Syazwan Masood
Naib Presiden : Gabriel George Tulas
Naib Presiden : Henry Saimpon
Setiausaha : Laivenston Laijih
Setiausaha Kerja: Jallfenday Ombow Suyan
Bendahari: Jamion Susa

Ahli Jawatankuasa :
Jack Jatil Junggok
Donneysius Ansuku
Nixboy Piunin
Afrinus Bin Arun
Martin Anguk
James Bin Jonas Bating
Denesly Justin

Ahli Jawatankuasa Kecil :
Zainudin Jalani
Maat Majani @ Majid
Johnny Basuti
Liau Vui Lun
Chew Cheong Sing
Zamzam Kasim
Matius Piri

Related Articles

253FansLike

Latest Articles