SANDAKAN: Ketua Wira Warisan Libaran, Mohammad OKK Haji Asmara menyokong kenyataan Datuk Suhaimi Haji Nasir barkaitan menaikkan kadar bayaran cukai pintu adalah tidak wajar.
Beliau menjelaskan kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Libaran itu (Suhaimi) disifatkan tepat dan membela nasib rakyat yang kini dibebani ekonomi yang tidak stabil.
“Sepatutnya MPS mencerakin terlebih dahulu adakah tahap Khidmat penyelengaraan mereka dalam skop-skop kerja cukai pintu itu ditahap memuaskan atau pun tidak sebelum membuat sesuatu keputusan,” katanya.
Mohammad berkata terdapat beberapa kawasan perumahan dimana masalah parit tersumbat dan kutipan sampah gagal diselenggara dengan waktu yang tepat, tidak termasuk lagi masalah rumput panjang dan jalan berlubang.
“Kegagalan masa penyelengaraan ini boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti pembiakan nyamuk aedes, masalah anjing berkeliaran dan kemalangan dijalan seperti kita semua
Sedia maklum.
“Melihat situasi Rakyat berdepan dengan bebanan kenaikkan harga barang dan kos sara hidup yang mencabar, menaikkan kadar bayaran cukai pintu pada masa ini pasti membebani pembayar cukai,” tegasnya.
Beliau berharap MPS lebih cakna masalah rakyat dan mempertimbangkan semula dalam keputusan menaikkan kadar bayaran cukai pintu ini.