Naib Presiden KDM Henry Saimpon rayu kerajaan Sabah segerakan projek pengaspalan jalan Mangkaladom-Polod-Gonipis-Poring di Kiulu

TUARAN: Naib presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Henry Saimpon meminta kerajaan Sabah dibawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor supaya memasukkan projek cadangan mengaspal jalan raya menghubungkan Mangkaladom-Palod-Gonipis-Poring di kawasan DUN Kiulu sebagai keutamaan dalam Bajet 2024, sekali gus menyegerakan pelaksanaan projek itu.

Advertisements

Beliau berkata KDM berpendapat jalan Kiulu ke Batu 28, (Jalan Penampang-Tambunan) itu penting bukan sahaja kepada penduduk setempat tetapi juga boleh menjadi jalan alternatif Kota Kinabalu-Tambunan, terutama jika berlaku
kejadian tanah runtuh sepanjang jalan Penampang-Batu 28.

“Sebelum ini setiap kali berlaku tanah runtuh (kejadian luar jangka) di sepanjang jalan Penampang-Batu 28, pengguna jalan raya terpaksa menggunakan jalan yang jauh melalui jalan Kimanis dan pekan Keningau untuk sampai ke daerah Tambunan, sedangkan Jalan Kiulu-Batu 28 boleh digunakan sebagai jalan alternatif.

“Oleh itu, wajarlah jalan Kiulu-Batu 28 dinaiktaraf atau diaspal terutama jalan Mangkalafom ke Poiring,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Henry berkata demikian ketika mengulas keputusan Kementerian Kewangan (MOF) tiga hari lepas untuk memanjangkan tempoh mengumpul maklum balas berkaitan Belanjawan 2024 melalui portal Cadangan Belanjawan 2024 selama seminggu sehingga 22 September 2023.

Mengambil kira peluang keemasan yang diberikan oleh MOF itu, Henry yang merupakan anak jati Kg Bongol, Kiulu berharap rayuan itu dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya.

“Sejak PBS memerintah Sabah bermula tahun 1985 (hampir 38 tahun), rakyat Kiulu ternanti-nanti jalan Kiulu-Batu 28 dapat diaspal sepenuhnya…namun masih ada sekitar 10 kilometer (Mangkaladom-Poring) yang masih belum diaspal selepas hampir empat dekad.

“Jadi kita berharap jalan Mangkaladom-Poring ini dapat diaspal atau sekurang-kurangnya projek pengaspalan bermula sebelum pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang…ada orang kampung merasakan tempoh hampir 40 tahun itu sepatutnya cukup untuk merancang dan seterusnya mengaspal jalan tersebut,” katanya.

Henry juga mencadangkan agar pejabat Jabatan Pertanian diwujudkan semula di daerah kecil Kiulu.

Beliau berpendapat langkah itu wajar diberi perhatian memandangkan sebahagian besar penduduk kawasan DUN Kiulu terlibat dengan aktiviti pertanian, termasuk penanaman padi sawah dan padi bukit.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles