Kerajaan Pusat dan Negeri perlu bekerjasama naiktaraf kemudahan infrastruktur tarik pelabur ke Sabah untuk buka banyak peluang pekerjaan

KUALA LUMPUR: Kerajaan pusat bersama dengan Kerajaan negeri bekerjasama dalam menaiktaraf kemudahan infrastruktur bagi menarik perhatian pelabur untuk melabur di negeri Sabah seterusnya dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Advertisements

Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir berkata ssu utama pengangguran ini adalah disebabkan kurangnya peluang pekerjaan yang berada di Sabah

“Kenyataan Menteri Sumber Manusia dalam Konvensyen Perburuhan Peringkat Negeri Sabah, Sabah mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu seramai 169,800 orang atau meliputi 29 peratus daripada 588,700 jumlah penganggur di seluruh negara.

“Saya merasa bimbang apabila melihat kepada statistik yang dilaporkan ini,” katanya katanya ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025) di Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, Suhaimi memuji usaha Kerajaan dalam menyerlahkan potensi belia melalui inisiatif Rakan Muda yang diberikan nafas baharu dengan memberikan tumpuan kepada peningkatan literasi demokrasi dan kegiatan permotoran

Katanya belia di negeri Sabah khususnya di Parlimen Libaran perlu turut dilibatkan bersama kedalam inisiatif ini.

Sehubungan itu, beliau berkata sekiranya dapat dilaksanakan dan diwujudkan sebuah pusat aktiviti belia bagi memupuk pemikiran belia yang lebih kreatif dan berinovasi dalam semua bidang dari segi seni, sukan dan perniagaan.

Suhaimi menekankan kepada Kerajaan supaya menyediakan fasiliti sukan bagi kemudahan belia seperti padang bola, gelanggang futsal dan gelanggang takraw bagi memudahkan belia untuk beriadah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles