KOTA KINABALU: Pasukan Jubilo FC dari Kota Belud mempamerkan permainan membanggakan, teritama babak separuh masa kedua meskipun tewas 0-2 kepada pasukan pilihan TABS Tige pada perlawanan pembuka tirai Liga Suparimau B16 di sini hari ini.
Jubilo, pasulan akademi bola sepak itu dikejutkan dengan jaringan pendahulu TABS Tigers seawal minit kedua menerusi Mohd Rayen Ahmad hasil hantaran lintang rakannya dari sudut sebelah kanan.
Bagaimanapun, Jubilo FC bagaimanapun terus memberi cabaran kepada pasukan lawan dengan memberi asakan di segenap sudut merancakkan saingan kedua-dua pasukan.
Menyedari ekanan berterusan, TABS Tigers terus memberi tentangan kuat kepada lawan sebelum Muhammad Firdaus Yuseri menambah gol kedua hasil rembatan menerjah ke jaring pada separuh masa pertama.
Jaringan kedua itu menambah keyakinan pemain-pemain TABS Tigers sehingga wisel dibunyikan pada babak separuh masa pertama.
Saingan di separuh masa kedua menyaksikan
pasukan Jubico FC melancarkan serangan demi serangan untuk memecahkan kebuntuan.
Namun situasi itu tidak mampu mengubah kedudukan di mana tiada jaringan berjaya dilakukan sehingga tamat permainan babak separuh masa kedua.
Perlawanan pembukaan itu menjadi tumpuan dengan pasukan pelawat mempunyai misi untuk memberi cabaran kepada pasukan lawan mereka pada saingan awal liga.