KOTA KINABALU: Wanita UMNO Sabah terus konsisten menyokong presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus menjalankan tugas sebagai Presiden parti walaupun wujud beberapa desakan untuk beliau berundur ekoran reputasi merundum UMNO/BN pada PRN di enam negeri baru-baru ini.
Ketuanya Senator Datuk Noraini Idris berkata, mendesak presiden parti untuk meletakkan jawatan bukan jalan tuntas yang boleh menyelasaikan masalah, sebaliknya semua pihak perlu mencari solusi untuk menarik kembali sokongan pengundi Melayu kepada UMNO.
“Wanita UMNO Sabah akan terus menyokong kepimpinan Zahid dan mengekalkannya, ahli UMNO perlu bersikap rasional dan adil dalam menangani isu ini tanpa menyalahkan sepeuhnya kepada Presiden.. seharusnya kita fokas kepada usaha memulih dan memperkasakan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Wanita UMNO Sabah di sini hari ini.
Menurut Noraini , tempoh 8 bulan bukanlah satu tempoh yang cukup bagi menerangkan kerjasama antara UMNO dan PH terutama melibatkan DAP yang mana peluang itu dimanfaatkan Perikatan Nasional meniupkan sentiman perkauman, provakasi dan fitnah melampau yang meracuni pemikiran rakyat terutama pengundi Melayu untuk menolak UMNO/BN dalam PRN baru baru ini
Menurut Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO bahagian Penampang, setiap parti di negara ini melalui sejarah jatuh dan bangunanya sebagaimana yang dialami oleh PAS dan PKR tapi ahlinya tidak pernah meminta prsiden mereka meletak jawatan.
Ketika diajukan soalan mengenai pencapaian UMNO/BN dalam PRN di enam buah negeri di Semanjung baru-baru ini turut memberikan kesan kepada kekuatan UMNO Sabah ,Noraini menangkis dakwaan tersebut terutama yang dimainkan oleh parti lawan.
Katanya situasi dan isu berbeza di Semananjung dan Sabah , ahli UMNO Sabah jangan terpengaruh dengan presepsi tersebut sebaliknya fokas untuk terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk berhadapan dengan PRN akan datang.
“Ituhanya presepsi parti lawan yang cuba menimbulkan propaganda ,apa yang berlaku di semenanjung berbeza keadaan dan isunya di Sabah ,UMNO Sabah masih kukuh dan kita akan fokas memperkukuhkan gerak kerja bagi mencapai obejktif menang dalam PRN akan datang,” jelas Noraini.
Sehubungan itu, Noraini berkata sebagai tulang belakang parti, sudah pasti Wanita UMNO akan terus menggembleng tenaga memastikan kebajikan rakyat dijaga.
Noraini seterusnya menyeru semua ahli parti untuk terus merapatkan saf, memperkukuhkan parti agar rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa UMNO adalah parti yang benar-benar mampu mendukung denyut nadi rakyat.
“Saya minta semua kepimpinan Wanita UMNO bahagian dan cawangan agar terus melaksanakan tugas, mengerakkan gerak kerja yang teratur mendekati rakyat dan ahli di peringkat akar umbi, dan gerak kerja itu perlu bermula dari sekarang bukanya disaat-saat akhir ketika menghadapi PRN,” katanya.