Kerajaan dicadang wujudkan bangunan pentadbiran di sempenan Malaysia (Pagalungan)-Indonesia (Labang)

NABAWAN: Kerajaan dicadang wujudkan bangunan pentadbiran di kawasan sempadan Malaysia (Pagalungan)-Indonesia (Labang) bagi melicinkan urusan yang membabitkan kepentingan kedua-dua negara.

Advertisements

Ketika membuat gesaan itu, Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Pensiangan, Jordan Jude Ellron berkata ini penting memandangkan urusan pentadbiran sempadan Indonesia (Labang) dijangka beroperasi sepenuhnya tahun depan.

“Saya berkesempatan melawat kawasan sempadan Indonesia (Labang) yang mengambil masa sekitar lima jam menaiki bot baru-baru ini,

“Selepas melawat ke kawasan sempadan Indonesia itu, saya berpendapat kerajaan Malaysia juga perlu menyegerakan pembinaan bangunan pentadbiran apa tak lagi pusat pentadbiran ibu negara Indonesua juga akan berpindah ke Kalimantan Timur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jordan berkata perbincangan lanjut antara pimpinan kedua-dua negara juga perlu diadakan demi manfaat kepada dua wilayah itu kerana dikatakan sempadan dua negara itu ada kaitan daripada segi hubungan kekeluargaan.

“Jika ada perkahwinan, Dua pihak akan menyeberang untuk meraihkan bersama‚Ķini budaya mereka yang diwarisi turun temurun.

“Contohnya, jika ada perkahwinan dilangsungkan. Pihak keluarga akan membawah makanan seperti, beras, gula, dan lain-lain untuk menolong. Saya takut apabila tidak dibincang oleh dua negara. Cukai akan diperkenakan kepada tetamu,” katanya,

Jordan turun menyarankan agar ketua adat kedua-dua negara khususnya di kawasan sempadan itu dilibatkan dalam perbincngan bagi memastikan perkara tersebut boleh diselesaikan dengan aman dan damai

“Ini kerana dua sempadan ini dari rumpun bangsa yang sama, dan mengamalkan adat yang sama iaitu Bangsa Dayak,” katanya,j

Related Articles

253FansLike

Latest Articles