SAFA terima peruntukan RM6.5 juta untuk pembangunan bolasepak Sabah setakat Julai 2023

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah, termasuk anak-anak syarikat dan GLC telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM6.5 juta kepada Persatuan Bola Sepak (SAFA untuk membangunkan bolasepak negeri setakat Julai tahun ini.

Advertisements

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata daripada jumlah itu,
RM99,000.00 merupakan peruntukan yang diberikan secara tetap oleh kerajaan melalui Majlis Sukan Negeri Sabah bagi membangunkan bola sepak negeri Sabah.

Menurutnya pemberian peruntukan itu tertumpu kepada pasukan utama bola sepak Sabah dan pembangunan bola sepak peringkat akar umbi.

Ellron berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak [Usukan] yang ingin tahu jumlah peruntukan kerajaan, anak-anak syarikat dan GLC yang telah disalurkan kepada Persatuan Bola Sepak (SAFA) sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah baru-baru ini.

Selain itu, Ellron berkata anak syarikat kerajaan negeri Borneo Samudera Sdn. Bhd menyumbang sebanyak RM5 juta bagi membantu pembangunan sukan bola sepak di negeri ini.

Beliau berkata anak syarikat dan GLC yang turut menyalurkan peruntukan bagi tujuan itu ialah Billion LB Sdn Bhd (RM300,000) Sri Jutaya Sdn. Bhd (RM700,000), Sri Padasa Sdn. Bhd (RM250,000) dan SYT Sogreen Agriculture Sdn. Bhd (RM250,000).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles