LAHAD DATU: Konsulate Jeneral Republik of China di Kota Kinabalu, Huang Shifang menzahirkan ucapan terma kasih dan penghargaan kepada ESSCOM atas kejayaan mengekalkan keamanan dan keselamatan di Zone Selamat Timur Sabah (ESS ZONE).
Beliau berkata rata-rata para pelancong China yang datang ke negeri Sabah khasnya ke pantai timur Sabah berpuashati dengan tahap keselamatan di kawasan itu.
“Tiada keraguan lagi mengenai keadaan keselamatan di pantai timur Sabah, semuanya dalam keadaan terkawal,” katanya ketika melakukan lawatan singkat ke Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), pada Jumaat.
Beliau yang dalam rangka lawatan sehari ke Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Lahad Datu telah meluangkan masa melakukan kunjungan hormat ke atas Komander ESSCOM DCP Victor Sanjos.
Ketibaan beliau di pejabat ESSCOM disambut DCP Tuan Victor Sanjos dan beberapa pegawai kanan ESSCOM.
Huang turut menyambut baik kejayaan ESSCOM melaksanakan tugasnya menjaga keselamatan, sekaligus memberikan keyakinan kepada semua pihak termasuk pelancong dari China dan pelabur asing untuk melabur atau berkunjung ke negeri ini.
“Sebab itulah saya datang ke sini untuk mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan ESSCOM memastikan kawasan pantai timur sentiasa berada dalam keadaan aman dan selamat, dan ini
memberikan keyakinan kepada semua warga china yang datang ke negeri ini,” katanya.
Huang berharap agar hubungan dan komunikasi dua hala antara pejabat konsulate republik of China dan ESSCOM dapat diperkukuhkan melalui kunjungan tersebut.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Victor Sanjos atas pelantikan sebagai komander ESSCOM yang baru.
Sementara itu, DCP Victor Sanjos dalam ucapan balasnya memberi jaminan bahawa ESSCOM dengan kerjasama semua pasukan keselamatan yang terdiri daripada PDRM, ATM dan APMM akan setiasa mengutamakan keselamatan para pelancong yang berkunjung ke pantai timur Sabah.
Beliau menyatakan hasrat dan perancangan ESSCOM untuk mengadakan jalinan kerjasama strategik antara ESSCOM dengan agensi lain, termasuk Kementerian Pelancongan dan Jabatan Imigresen Malaysia ke arah mewujudkan satu data pergerakan pelancong bagi memudahkan ESSCOM dan pasukan keselamatan lain memantau pergerakan dan keberadaan mereka di sesuatu tempat supaya bantuan keselamatan dapat diberikan secepat mungkin sekiranya berlaku kes-kes kecemasan atau luar jangka yang memerlukan tindakan pantas pasukan keselamatan.
ESSCOM dengan kerjasama semua agensi keselamatan akan sentiasa siap siaga dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan ESS Zone daripada sebarang ancaman luar yang cuba mengganggu gugat ketenteraman pantai timur Sabah.
Turut hadir Timbalan Komander SAC Roslan Mat Saad, KETUA Staf Operasi Darat SAC M. chandera
Lawatan diakhiri dengan sesi menandatangani buku lawatan dan sesi bertukar-tukar cenderakenangan.