Seramai 799,782 penerima STR di Sabah, melibatkan peruntukan RM696.3 juta

KOTA KINABALU: Seramai 799,782 orang di Sabah menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM696.3 juta.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata jumlah penerima STR tidak berdasarkan kategori mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri tetapi berdasarkan data penerima STR Kapayan yang diekstrak berdasarkan maklumat alamat dan poskod yang dikemukakan oleh pemohon.

Menurutnya terdapat 1,345 penerima STR dengan peruntukan sekitar RM1 juta di Sabah.

Hajiji berkata demikian ketika menjawab soalan Jannie Lasimbang [PH-Kapayan] yang ingin jumlah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Sabah setakat tahun 2023, khususnya di Kapayan dan sebab-sebab pemohon gagal mendapatkan bantuan itu pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, dekat sini hari ini.

Hajiji berkata antara sebab-sebab permohonan tidak diluluskan adalah kerana tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti yang berikut:
 
(i) Pemohon mempunyai pendapatan melebihi RM5,000 sebulan bagi isi rumah serta warga emas tiada pasangan dan melebihi RM2,500 bagi individu bujang;
 
(ii) Kegagalan pemohon untuk mengemukakan dokumen yang menunjukkan status perkahwinan/ perceraian; dan
 
(iii) Tidak melepasi syarat individu bujang dan berstatus pelajar sepenuh masa.
Tuan Speaker.

Hajiji berkata dari segi kaedah pembayaran, STR akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima dan telah dilaksanakan mengikut fasa.

Terkini, pembayaran Fasa 3 akan dibuat pada 26 Jun 2023 sehingga 5 Julai 2023,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh membuat penunaian di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional yang berdekatan sehingga Disember 2023.

Bagi memastikan STR juga dapat disampaikan kepada penerima khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman, katanya kerajaan akan melaksanakan program penunaian di lapangan yang melibatkan daerah-daerah yang berkaitan di negeri Sabah bermula 3 Ogos sehingga pertengahan September 2023.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles