PRN Selangor: 7 hari kempen jentera BN dan PH semakin serasi pastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan – Suhaimi Nasir

SHAH ALAM: Kerjasama rapat jentera kempen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dijangka mampu mencapai kejayaan cemerlang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri Selangar pada 12 Ogos ini.

Advertisements

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berkata, sepanjang tempoh perjalanan kempen ini jentera BN-PH fokus kepada jajaran politik baharu sekali gus memastikan Kerajaan Perpaduan menang di PRN Selangor ini.

Katanya, meskipun pada mulanya terdapat sedikit kekok selepas berpuluh tahun dengan haluan politik masing-masing tetapi ianya tidak menghalang untuk BN dan PH bekerjasama rapat pada PRN ini.

“Jajaran politik baharu ini melalui Kerajaan Perpaduan terutama di PRN Selangor nampak memberikan impak baik sekali gus meyakinkan pengundi memilih calon Kerajaan Perpaduan pada 12 Ogos ini nanti.

“Sepanjang baki tujuh hari menjelang pengundian, momentum semangat ini dapat dipertingkatkan agar jentera BN dan PH dapat mencapai matlamat yang disasarkan,” katanya di sini hari ini.

Suhaimi yang merupakan Ahli Parlimen Libaran berkata UMNO Sabah dipertanggungjawabkan membantu jentera kempen di 12 DUN di Selangor yang ditandingi BN.

“Sepanjang tujuh hari lepas terlibat membantu gerak kerja di 12 DUN tersebut, kerjasama dan persefahaman baik dijalin antara BN dan PH bagi memastikan kemenangan calon mewakili Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata pengalaman pada PRN ini dengan beberapa pendekatan baru penting kepada UMNO Sabah untuk dipraktikkan pada PRN Sabah akan datang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles