Kerajaan Sabah perlu komited selesaikan isu tuntutan 40 peratus geran khas MA63

SANDAKAN : Kerajaan Negeri Sabah harus memberikan komitmen yang tinggi bagi menyelesaikan isu tuntutan 40 peratus hasil atau geran Khas Sabah dibawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Advertisements

Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir berkata sudah sampai masanya tindakan drastik diambil bagi menyelesaikan isu ini yang diperjuangkan oleh Negeri Sabah sejak 58 tahun lepas.

“Dibawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu ini harus diselesaikan dengan mengambil kira faktor Perdana Menteri (Anwar) peka dengan permintaan negeri Sabah dan Sarawak.

“Apatah lagi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal MA63,” katanya bagi mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffry Kitingan bahawa satu resolusi terhadap tuntutan tersebut yang sudah berlarutan sejak sekian lama dijangka dapat dicapai dalam tempoh setahun.

Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata semua maklum tuntutan isu 40 peratus dibawah MA63 ini dekat dihati rakyat Sabah dan tidak harus dipandang ringan.

Justeru, katanya, menjadi kewajipan Kerajaan Negeri untuk memperjuangkan isu tuntutan ini secara serius dengan mengambil pendekatan lebih berkesan untuk ia diselesaikan dengan cara baik.

Menurutnya sebagai Ahli Parlimen, beliau bersama-sama ahli Parlimen lain dari Sabah sentiasa membawa isu tuntutan ini di Parlimen.

Katanya pengembalian hasil bersih 40 peratus kepada Sabah sangat diperlukan untuk pelaksanaan pembangunan Negeri ini khususnya berkaitan air, elektrik, jalan raya, pendidikan dan kesihatan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles