Kerajaan Perpaduan Kekal Kukuh Sekiranya Kerjasama Utuh – AK Mohd Yazri

KUALA PENYU: Semua parti yang bergabung di bawah kerajaan Perpaduan perlu mencari titik persamaan untuk memperkukuhkan perpaduan, bukan menumpukan kepada perbezaan.

Advertisements

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort Ak Mohd Yazri Ak Mohd Yahya berkata sewajarnya semua pemimpin parti berusaha membawa kerjasama dan kestabilan di peringkat kerajaan ke peringkat ahli parti serta akar umbi

‘Apabila semua parti itu telah menzahirkan sokongan kepada kerajaan perpaduan lakukanlah secara jujur dan Ikhlas demi kestabilan politik dan kemajuan negara, janganlah bersikap talam dua muka di peringkat negeri kita menyokong kerajaan perpaduan di peringkat pusat bersengkokol dengan pihak pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kedudukan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee dimana di peringkat negeri menjawat jawatan Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan dalam masa yang sama di peringkat nasional menjadi Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN)

“Perkara ini menjejaskan kredibiliti beliau (Yong) sebagai pemimpin, malah boleh menjejaskan imej kerajaan negeri dan juga Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sebagai yang juga Pengerusi (PGRS) dimana sebelum ini menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri namun dalam masa yang sama ada pemimpin dalam (GRS) bersikap “ talam dua muka”, ” katanya.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO Beaufort mahu Hajiji bertanggungjawab terhadap isu itu dan menjelaskan kepada umum kedudukan sebenarnya Yong agar tidak menimbulkan persepsi terhadap sokongan PGRS yang sebelum ini telah menzahirkan sokongan padu kepada kerajaan perpaduan.

“ Kita mahu pernyataan sokongan ini bukanya sandiwara, perbuatan seharusnya tidak menghalalkan cara , jika di peringkat pusat UMNO/BN adalah sebahagian dari kompenan parti yang membentuk kerajaan perpaduan, di Sabah kita (UMNO/BN) tidak ubah seperti pembangkang justeru jika isu ini tidak dijelaskan Nampak ketidakjujuran PGRS dalam menyokong kepimpinan Perdana Menteri,” jelas Ak Mohd Yazri.

Menurut Ak Mohd Yazri Kerajaan Perpaduan Nasional hari ini menggabungkan kerjasama pelbagai parti politik mewakili wilayah, kemajmukan kaum, agama dan budaya serta ciri penting memastikan Malaysia kekal aman harmoni bagi menyokong pentadbiran negara.

Terdahulu, Ak Mohd Yazri turut merasmikan Mini Tournament Simulasi Takraw peringkat daerah di dewan masyakat kampung Kerukan Kuala Penyu yang bertujuan mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan sepak takraw selain melibatkan golongan belia dalam aktiviti sukan dan riadah dari terjebak dengan aktiviti negetif.

Katanya, acara tersebut akan dijadikan acara tahunan dan diperluaskan ke peringkat Parlimen Beaufort.

“Pemuda UMNO melihat aktiviti sukan merupakan satu flatfrom untuk mendekati golongan muda dan ianya akan dijadikan tarikan bagi menarik lebih ramai anak muda bagi menjadikan UMNO sebagai wadah perjuangan politik mereka” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles