ESSCOM berjaya menangkap 13 PATI dalam operasi bersepadu di Nangoh, Beluran

LAHAD DATU: Pasukan keselamatan ESSCOM berjaya menahan 13 pendatang tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dan Indonesia dalam Operasi Bersepadu Road Check Point (RCP) Sapi Nangoh Daerah Beluran selama tiga hari bermula Khamis lepas.

Advertisements

Komander Eastern Command DCP Victor Sanjos berkata kesemua mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Beluran atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata turut dirampas ialah
sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dirampas kerana disyaki digunakan untuk menyeludup PATI berkenaan.

Victor berkata operasi bersepadu yang disertai anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menahan seramai 27 orang masyarakat Bajau Laut (Pala’u) semasa menaiki pengangkutan awam dan kemudiannya diserahkan kepada JIM.

Turut ditangkap seorang lelaki dewasa yang didapati positif dadah jenis Methamphetamine, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Victor berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) PDRM serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 85 keping saman masing-masing atas pelbagai kesalahan lalu lintas di bawah POL 257 dan Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.

Menurutnya operasi bersepadu itu bertujuan membanteras penyeludupan barang kawalan, bersubsidi, tidak bercukai dan penyusupan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta penguatkuasaan terhadap kesalahan-kesalahan lain di laluan utama menghubungkan pantai Barat dan pantai Timur Sabah termasuk laluan tikus yang dikenal pasti digunakan oleh penjenayah dalam kawasan daratan Daerah Beluran.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles